Hapuskan hantaran kahwin terlalu tinggi

Utusan Malaysia 7 Mei 2007
JUMLAH hantaran terlalu tinggi bukan suatu yang baru. Apa yang diketengahkan oleh Mufti Perlis sebenarnya telah lama diperkatakan oleh masyarakat negara ini.

Apa yang diketengahkan oleh beliau diharap membuka mata pihak-pihak tertentu mengambil tindakan sewajarnya.

Hantaran yang tinggi ini bukan budaya atau amalan orang Islam. Apa yang terjadi hari ini ialah masyarakat kita terikut-ikut dengan apa yang dipaparkan oleh selebriti tertentu. Mereka ini menjadi ikutan masyarakat. Baca baki entri ini »

Tinggalkan Komen

Hasrat Hanif kahwini gadis Orang Asli akhirnya tercapai

Utusan Malaysia 7 Mei 2007 

Hasrat Hanif kahwini gadis Orang Asli akhirnya tercapai
Oleh Norila Daud

Mohd. Hanif Tumon bersama Nur Alia Amirah.

dn_01_big.jpg

GOMBAK 6 Mei – Setelah tiga tahun terhalang cinta mereka ekoran tentangan ibu bapa pihak lelaki, akhirnya pasangan Mohd. Hanif Tumon, 24, dan gadis Orang Asli, Nur Alia Amirah Mohd. Hafiz, 22, selamat menjadi suami isteri.

Perubahan berlaku setelah ibu bapa Mohd. Hanif terbuka hati selepas menonton program Forum Perdana terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM1) yang membincangkan isu kahwin campur.

Mohd. Hanif yang bekerja sebagai mandur di Bangi dan berasal dari Skudai, Johor berkata, hubungan cintanya dengan Nur Alia sejak tiga tahun lalu mendapat tentangan keluarganya.

‘‘Kami menjalin hubungan berdasarkan cinta pandang pertama ketika bertemu di Perkampungan Orang Asli Batu 12, Gombak,’’ katanya kepada pemberita selepas majlis perkahwinan beramai-ramai mualaf Orang Asli di Kampung Orang Asli Ulu Kuang di sini hari ini. Baca baki entri ini »

Comments (1)

Wang hantaran bukan suatu beban

Utusan Malaysia 8 Mei 2007

Wang hantaran bukan suatu beban
Pendapat
PERHUBUNGAN uda dan dara yang berjalan lancar berserta dengan strategi yang terancang akhirnya menemukan jalan buntu apabila wang hantaran menjadi puncanya. Wang hantaran adalah tinggi dan di luar kemampuan lelaki untuk mengadakannya.

Sama ada benar atau tidak, satu ketika dulu wang hantaran ini merupakan pra- syarat kepada calon lelaki disukai atau tidak oleh emak mertuanya.Walaupun anda mencintai pasangan anda separuh mati, kalau ibu bapa tidak berkenan, ia dimanipulasikan dari segi wang hantaran ini. Baca baki entri ini »

Tinggalkan Komen

Terpaksa membujang wang belanja tinggi

Berikan pandangan anda!
Terpaksa membujang wang belanja tinggi
Utusan Malaysia 8 Mei 2007

BALING 7 Mei – Wang belanja dan hantaran yang terlalu tinggi bagi melangsungkan perkahwinan menyebabkan sesetengah lelaki lewat mendirikan rumah tangga dan terpaksa membujang sementara menunggu masa yang sesuai untuk berkahwin. Baca baki entri ini »

Tinggalkan Komen

Matanya bulat dan memikirkan sesuatu.

Satu pasangan datang ke gerai jualan PTS pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2007 pada petang Rabu itu. Lelaki amat berminat mencari buku tentang pelaburan. Perempuan pula minat mencari buku pendidikan kanak-kanak pra sekolah.

Sedang sahabat penulis, tuan Shamsuddin Kadir berbual dengan lelaki itu tentang pelaburan. Saya pula bertanya kepada si perempuan pula, “Minat menuliskah?” Baca baki entri ini »

Tinggalkan Komen

Promosi bakat dengan penulisan

Ada orang memiliki beberapa jenis bakat. Bakat tersebut saling menyokong antara satu sama lain. Sebagai contoh, dalam Pesta Buku Antarabngsa Kuala Lumpur 2007 lalu, saya didatangi oleh satu pasangan suami isteri yang mempunyai kemahiran dalam bidang perubatan alternatif. Setelah hampir lima belas minit bertukar-tukar pandangan dan kesempatan untuk mendapatkan sedikit ilmu tentang perubatan alternatif, mereka memikirkan cara untuk menceritakan tentang perubatan alternatif kepada orang ramai dalam bentuk penulisan. Baca baki entri ini »

Tinggalkan Komen

Pertemuan mengharukan di PWTC

Petikan daripada universitipts.com

Sifu menangis, kemudian menangis lagi….

Jika dia perempuan, sudah kupeluk dia!

Lelaki itu adalah Sdr. Kassim Selamat! Percayakah? Sdr. Kassim Selamat datang ke gerai PTS!

Beliau datang ditolak dalam kerusi roda oleh isteri dan 3 orang anak-anaknya.

Dada beliau diikatkan ke pesandar belakang kerusi rodanya, jika tidak badan beliau jatuh ke depan. Beliau lumpuh dari dada ke kaki. Jari-jarinya tidak dapat merasa.

Jika dia perempuan, dia sudah kupeluk! Baca baki entri ini »

Tinggalkan Komen

Older Posts »