Kisah Diari dan Blog.

“Kata bestari: Talk low, talk slow, and don’t talk too much.”
Diari, aku jarang sekali menamatkannya hingga ke penghujungnya. Dalam setahun hampir 2-3 buku diari percuma yang aku terima, tetapi tidak semua yang aku gunakan. Mungkin aku perlu berubah sikit dalam penggunaan diari selepas ini. Cuma apa yang menarik hatiku ialah penggunaan diari maya atau popular dengan gelaran Blog banyak membantu ramai pengguna internet untuk menulis sesuatu menarik dalam dunia masing-masing. Berwarna-warni kehidupan kita dengan cerita-cerita manusia.
Pertama kali aku membeli sebuah diari ialah ketika di sekolah menengah. Oh tidak! Itu pun pemberian orang. Ia adalah diari Muslim yang penuh dengan doa, ajaran-ajaran asas Islam dan yang paling menarik ialah cara ia dihasilkan. Gambar sebiji burger yang mengapit kertas dan pensil dengan hiasan-hiasannya sekali. Itulah pertama kali aku melihat sebuah diari Islam. Dan itulah diari Islam yang gemuk dengan kata-kataku sehingga penghujung tahunnya.
Teringat kata-kata Slyvie, pelancong Perancis yang aku temui beberapa bulan yang lalu. Dia juga penggemar diari, tetapi dia tidak menulisnya setiap hari. Hanya perkara yang unik sahaja akan menjadi pilihan. Insya Allah aku akan cerita tentang Slyvie kepada anda semua. Wanita Perancis yang memuji Malaysia. Hari ini aku melihat pelbagai jenis Blog yang mempunyai keunikan masing-masing. Ada yang menceritakan tentang kegembiraan, kedukaan, melemparkan emosi yang sedang marah pun tidak kurangnya dengan ayat-ayat yang kurang manis. Marah itu perkara biasa, tetapi kenapa perlu menjaja kepada orang ramai tentang keburukan diri dengan jenis kata-kata yang tidak sesuai?
Mungkin ini yang dilaungkan oleh kebanyakkan orang, Kebebasan. Bukankah kebebsan yang Tuhan berikan adalah kebebasan terpimpin, bukannya kebebasan nafsu-nafsi ciptaan sendiri. Aku mengagumi Blog yang penuh nilai ilmu yang aku boleh belajar. Malah ada juga satu dua Blog yang aku akan lawati sekerapnya untuk membaca sesuatu yang boleh dikongsi bersama.
Aku seronok melihat ada pasangan suami isteri yang menjadi Blog sebagai pengikat hubungan kasih sayang mereka. Mereka mencoret sesuatu yang penuh inspirasi, sentiasa meluahkan kata-kata cinta sesama mereka, bercerita tentang kebahagian dan kegirangan di mata anak-anak mereka.
Hipokrit? Oh, rasanya tidak. Mereka menulis kerana setiap huruf itulah harapan mereka. Lebih baik mereka menceritakan sesuatu yang menceriakan jiwa berbanding menyuarakan masalah yang sepatutnya menjadi rahsia pasangan.
Blog menjadikan manusia sebagai manusia yang kreatif. Siapa sangka senyapnya rakan anda sebenarnya ‘bising’ dalam dunia maya dengan ketukan papan kekunci. Inilah kehebatan Blog.
Malah Blog juga adalah gudang untuk seorang pelayar mengambil bahan yang menarik perhatiannya dan dijadikan sebagai koleksi. Cuma dalam hidup, kita perlu menyedari satu perkara, setiap manusia mempunyai rahsia dirinya, tidak bermakna seorang pemilik Blog perlu menceritakan setiap rahsianya… Bijaksanalah dalam menggunakan teknologi. Takut-takut ditanya oleh Allah nanti.
Pengguna Blog harus tahu menggunakan peluang teknologi ini. Jangan sekadar tahu menggunakannya tetapi tidak tahu memperkembangkannya untuk menjadi sesuatu yang menguntungkan diri dan orang lain. Petua yang diberi oleh seorang sahabat tentang Blog ini saya perturunkan kepada anda.
  • Gunakanlah gaya bahasa Melayu betul dalam penulisan Blog.
  • Catat perkara-perkara yang unik dalam kehidupan setiap hari.
  • Ulas kisah hidup dalam dua warna positif dan negatifnya.
  • Simpan salinan Blog dalam bentuk fail Word. Mungkin boleh dibuat seminggu sekali atau
  • setiap kali anda menggunakan ‘thumdrive’ di komputer umum.
  • Susunlah seperti satu bab kecil sehari dalam fail Word dan lihatlah hasilnya selepas 12 bulan. Ia menjadi sebuah Novel!
  • Cetak dan jilidkan elok-elok. Mungkin ia menjadi khazanah keluarga atau masyarakat yang berguna.

Kebanyakan penulis bebas mempunyai diari dan dalam istilah teknologi mellinium, Blog mungkin pengganti yang baik. Kebanyakkan idea penulis juga datangnya dari sebuah diari. Hampir setiap hari ada sahaja perkara yang ingin disentuhnya dan dikongsi kepada orang ramai. Pemilik Blog juga seperti penulis bebas meskipun itu bukan impiannya, hakikatnya anda telah memulakan cerita tersebut.
Dunia sumber Motivasi Diri
http://www.motivasiminda.cjb.net/

2 Komen »

  1. Anonymous said

    Hello!

    Nice site, keep up the good work .

    http://buy-phentermine.hem.nu BUY PHENTERMINE
    BUY PHENTERMINE
    http://blog.sol.no/buy-phentermine
    BUY PHENTERMINE
    http://buy-phentermine.hem.nu buy phentermine
    http://buy-phentermine.hem.nu phentermine online
    http://buy-phentermine.hem.nu order phentermine
    http://buy-phentermine.hem.nu cheap phentermine
    http://buy-phentermine.hem.nu buy phentermine online
    http://buy-phentermine.hem.nu phentermine diet pill
    http://buy-phentermine.hem.nu phentermine online pharmacy
    http://buy-phentermine.hem.nu phentermine prescription
    http://buy-phentermine.hem.nu what is phentermine
    http://buy-phentermine.hem.nu free phentermine

  2. ibad said

    assalamualaikum, saya dari malaysia, nak tanya di mana boleh dapatkan diari muslim tu. ada website tak?

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: