Adakah akhlak boleh menjadi personaliti kita?

Adakah akhlak boleh menjadi personaliti kita?
Aku tersilap. Hanya aku dan dua orang yang lain sahaja mengatakan ya. Sebaliknya tidak. Berkaitan dengan akhlak, Nabi menyebutkan tidaklah Baginda diutuskan melainkan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.

Personaliti adalah keunikan yang membezakan manusia. Inilah yang sering disebutkan tidak ada dua manusia yang serupa. Akhlak adalah pilihan sama ada mahu menerimanya atau tidak. Sebaliknya personaliti itu adalah rekabentuk Allah kepada manusia.

Contoh sirah yang mudah. Bandingkan Umar r.a dan Abu Hurairah r.a. Apakah yang membezakan mereka berdua menggambarkan personaliti yang mewarnai hidup mereka. Abu Hurairah dikenali sebagai ‘bapa kucing’, pernah membawa seekor kucing di dalam poket jubahnya. Jika seseorang yang menyukai kucing, apakah ciri-ciri orang tersebut. Bukankah dia seorang yang penyayang, manja, lembut dan tenang?

Berbeza pula dengan Umar, ketika memeluk Islam, Umar mencabar puak kafir Quraisy agar menghalangnya jika berani berbuat demikian. DI tengah-tengah kota Mekah, berhadapan dengan kota Kaabah dan dikelilingi puak kafir Quraisy, kebengisannya digeruni sebelum dan selepas Islam. Malah disebutkan, ada satu ketikanya para jemaah yang mengerjakan solat Subuh di masjid gerun dengan hanya melihat hujung jubahnya ketika beliau melangkah masuk ke ruang solat.

Dari segi akhlak, baik Umar mahupun Abu Hurairah memiliki akhlak yang dicontohi dari Rasulullah. Namun mereka tetap berbeza dari sudut personaliti. Islam tidak mengubah personaliti, sebaliknya mencantikan personaliti dengan nilai akhlak.

Selepas ini, mari kita pakat-pakat menbaca kisah sahabah dengan melihat personaliti yang unik ini untuk menghayati gaya hidup mereka. Biarlah roh sejarah itu hidup dalam diri, bukan sekadar mata melayang membaca baris-baris perkataan semata-mata.
http://www.motivasiminda.cjb.net

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: