Hiduplah sesuai dengan umurmu

Apa yang dimaksudkan dengan hiduplah sesuai dengan umurmu?

Dalam sembang-sembang pagi, timbul pula satu isu melibatkan sikap manusia yang tidak bersedia dengan perubahan yang melibatkan umur dan keupayaan fizikal mereka. Tidak lain tidak bukan, ia berkait rapat dengan kemudaan, keremajaan dan kecantikan. Namun cerita ini tidak hanya berkait rapat dengan wanita, ia turut melibatkan kaum Adam juga.
Seolah-olah terkejut dengan perubahan yang terpamer di wajah, cepat-cepatlah mencari produk-produk mewah yang menjanjikan kecantikan melalui penemuan saintifik yang akan menegangkan wajah. Buat lelaki, lagak seakan orang mudah sedangkan tempoh bersaranya sudah hampir tiba.
Keadaan ini adalah satu urusan Allah, ia akan berlaku. Bukan bermaksud menidakkan kecantikan dan kegagahan seseorang tetapi ia perlulah selaras dengan umur. Membelanjakan ratusan ringgit bagi mereka yang berada pada paras kelompok pertengahan dan ribuan untuk kelas atasan untuk mengekalkan daya ketika usia 20 tahun terhadap tubuh yang sudah menjangkau 50an.
Usaha-usaha mengekalkannya bukannya benda baru sehingga terpaksa menunggu kelahiran penemuan moden dan kaedah siantifik. Ia sudah berlaku lebih lama dari dulu. Penggunaan susuk yang di’tanam’ ke dalam tubuh dan wajah semata-mata bertujuan untuk menegangkan kulit kendur adalah pengamalan sesat yang masih dalam matlamat yang sama, untuk kelihatan muda.
Cantik dan gagah jika bijak diselaras dengan umur akan lebih menarik lagi. Bimbang dengan kelompok obsesi sempurna yang tidak mahu menerima kenyataan, walhal Al Quran telah menyebutkan apabila anda tua maka semakin lemah dan hilanglah segala pati segarmu.

“Dia-lah yang menciptakan kamu dari tanah kemudian dari setetes, air mani, sesudah itu dari segumpal darah, kemudian dilahirkannya kamu sebagai seorang anak, kemudian (kamu dibiarkan hidup) supaya kamu sampai kepada masa (dewasa), kemudian (dibiarkan kamu hidup lagi) sampai tua, di antara kamu ada yang diwafatkan sebelum itu. (Kami perbuat demikian) supaya kamu sampai kepada ajal yang ditentukan dan supaya kamu memahami (nya). “Mukmin:67

Kita marah apabila melihat kanak-kanak dengan sifat keanak-anakkan mereka. Pernah kita mendengar, “Cubalah dewasa sedikit, perangai macam budak-budak!”, “Matanglah sikit, kau dah besar. Fikirlah sikit!” dan pelbagai lagi saranan-saranan agar kanak-kanak ini mengubah sifatnya. Bayangkan jika di universiti, para pelajarnya tidak ubah seperti kanak-kanak sekolah rendah atau tadika yang akan berlari-lari keluar, mengenakan kawan, bermain di belakang kelas selepas waktu pengajaran tamat. Bayangkan. Persoalannya, siapakah yang akan menegur kanak-kanak ‘dewasa’ untuk mengubah sikapnya agar sedar fitrah umur itu sudah tiba?

http://www.motivasiminda.cjb.net

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: