Minda Celeron

Seperti yang dijangka hari ini, aku menjadi orang terawal diminta membacakan ayat-ayat pendek dalam Al Quran. Kemudian beberapa pelajar lain diminta membuat perkara yang sama. Jika anda menyangka apa yang aku tulis ini tentang kelas pengajian AL Quran atau seumpamanya, anda tersilap. Inilah fanomena kelas Psikologi Personaliti.
Aku hampir terlupa dengan siapa aku berguru dalam kelas ini meskipun awal-awal lagi aku telah mengetahui namanya dalam buletin kelas semasa pendaftaran. Bukan kerana apa. Ini semua kerana kejutan yang diberikannya ketika hari pertama kelas dua hari lalu.
Seorang demi seorang diminta memperkenalkan diri dan asal masing-masing. Aku yang lewat ke kelas hari ini disuruhnya duduk berhadapan mejanya yang jauhnya sekadar satu tapak kaki sahaja.
Apa yang menarik sangat tentang sesi memperkenalkan diri. Perkara ini adalah biasa untuk mana-mana kampus melakukannya. Izinkan aku bercerita lebih panjang lagi dan carilah nilai motivasi di dalamnya.
“Hah kamu perkenalkan nama dan maklumkan lokasi sekali.” arahnya. Pensyarah yang tidak aku ketahu namanya.
“Rahman Helmi, Johor…”
“Johor tu besar, di mana?” tanyanya lagi.
“Johor, errr Muar…” Rahman terkedu. Sangkanya sudah tamat.
“Muar tu besar di mana!” tanyanya lagi, suara makin meninggi.
“MMMuar di Kampung Simpang Empat…SSSebelah Sekolah Agama Rakyat.”
“Hah, Macam tu…Kamu pula!” Begitulah sehingga akhirnya.
Seluruh kelas selesai memperkenalkan bukan setakat nama, malah nama kampung dan jalan yang tidak pernah aku dengar malah janggal dan bunyinya lucu juga apabila disebut.
“Kamu tahu kenapa saya bertanyakan dari mana asal kamu…?” Soalnya menarik perhatian kami semua.
“Saya harap kamu tidak dalam kelompok ini. Ada pelajar yang malu nak menyebut nama kampungnya, seolah-olah solok dan ketinggalan benar. Ada juga yang malu ibu bapanya datang, bimbang kawan-kawan tahu mana asal ceruknya. Kalau kamu malu dengan kampung kamu, maknanya kamu malu dengan ibu bapa kamu yang membesarkan kamu di situ. Bangga dari mana awak datang!
Itulah pengajaran pertama yang aku perolehi dari kelas pertama dari pensyarah yang masih aku tidak dapat mengingati namanya ketika itu. Sergahannya benar-benar merenjatkan aku seketika. Meskipun nampak aneh apabila diminta memberitahu nama kampung yang belum tentu kami akan ingati, tetapi ada maksud disebaliknya yang harus diingati oleh semua siswa pada hari tersebut.
Dua belas jam selepas itu, barulah aku dapat mengingati namanya semula. Dialah Khairul Anuar Masuan. Berperwatakan sedikit gila-gila sebagaimana diperakuinya sendiri dan aku mencarinya sebagai guruku bukan sahaja kerana mahu menimba ilmu yang akan membantu dalam banyak perkara, tetapi dia yang aku kenali apabila namanya muncul dalam Utusan Malaysia melalui artikel-artikel psikologi gaya santai berbentuk catatan pengalaman. Menjadi muridnya menjadi satu penghargaan besar untuk aku simpan sebagai pengalaman sebelum waktu tua menjengukku.
Dalam jenakanya ada nilai yang boleh dikutip. Tanpa sedar, ia adalah nota pengajian kami pada hari itu. Inilah apa yang digelarnya, pelajar minda Celeron. LAmbat menangkap.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: