Saudara Keganasan

London. Letupannya bukan sahaja meledakan dunia dengan siri tragedi pengeboman malah meledakan hati dan minda orang Islam di seluruh dunia. Kata seorang guru, hari ini umat Islam tidak ubah seperti mangsa penindasan ketika pemerintahan Apartheid yang ditentang oleh Nelson Mandela, sudah hampir sama seperti keadaan zaman penegelasan manusia pada zaman Feudal yang mengikat hubungan tuan tanah dengan penyewanya. Mungkin juga umat Islam hari ini boleh dikaitkan dengan zaman diskrimimasi hitam putih.
Mengapa semua ini dikaitkan dengan nasib umat Islam? Corak kesan dan akibat yang berlaku sama sahaja. Mesti ada pelaku dan mangsanya. Dalam pengamalan sistem kasta, golongan paling bawah boleh disifatkan sebagai beg karung peninju golongan atasan. Apa sahaja yang buruk, malang dan mendukacitakan akan disalurkan kepada kelompok ini.
Kaitkan dengan keadaan di Kota London. Pengeboman belum sampai tempoh dua puluh empat jam, nama-nama orang Islam berserta maklumat kewarganegaraan mereka disebut sebagai suspek dengan gambaran ‘sudah bersalah’ dalam paparan media. Lebih malang lagi media-media sekitar mengambil bulat-bulat bahan berita Barat yang sudah menjalankan idea propaganda Islamophobia mereka.
Kasta ala antarabangsa menjadikan Muslim sebagai taruhan yang cukup besar. Berita petikan sumber Agensi ini menggambaran betapa besarnya taruhan umat hari ini dalam gelanggang dunia:

Utusan Malaysia 14 Julai 2005
Kamal mati akibat balas dendam

LONDON 13 Julai – Para pemimpin Islam di Britain meminta penduduk Islam negara ini bertenang selepas seorang lelaki Pakistan terbunuh dalam satu serangan yang dipercayai berunsur perkauman. Pertubuhan-pertubuhan Islam bimbang serangan terhadap Kamal Raza Butt di Nottingham adalah sebahagian daripada tindakan membalas dendam berikutan serangan pengganas di London minggu lepas.

Enam pemuda disoal siasat oleh detektif semalam berhubung pembunuhan itu. Kamal, 48, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di sebatang jalan pada petang Ahad lalu. Mangsa tinggal bersama-sama seorang kawan di bandar raya itu sejak kira-kira enam minggu lalu dan sebelum kejadian telah berjalan kaki ke sebuah kedai tempatan. Inayat Bunglawala daripada Majlis Islam Britain berkata: “Insiden ini dipercayai reaksi membalas dendam terhadap serangan (di London).”

Pembunuhan Kamal merupakan kejadian paling serius kerana sebelum ini tidak ada sesiapa yang cedera parah dalam kejadian seumpama itu. Supritendan polis, Dave Colbeck berkata: “Satu pertengkaran telah meletus dan mangsa meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya.” Berdasarkan siasatan polis di tempat kejadian, serangan itu dipercayai berunsur perkauman, katanya.

Beberapa masjid di London, Leeds, Birkenhead, Telford dan Bristol diserang dan dibakar sejak serangan bom Khamis lalu. Menurut penduduk tempatan, anasir daripada kem pelampau berhaluan kanan British telah cuba mengeksploitasi keganasan minggu lepas untuk tujuan politik.- Agensi

Apakah kesimpulan dari berita ini? Tidak lain ia menggambarkan hak nyawa umat Islam sama nilainya dengan hak nyawa golongan bawahan yang tidak diberi perlindungan.
Jauh dari itu, rantaian persaudaraan umat Islam cuba digambarkan sebagai rantaian saudara keganasan. Jika seorang pengebom dikenalpasti seorang yang beragama Islam, maka secara globalnya, umat Islam keseluruhan digambarkan sebagai rakan-rakan subahatnya. Ini menjadikan dilema yang sengaja diwujudkan agar berlaku perpecahan yang jelas dalam umat agar memilih antara dua.

Mesej yang paling jelas dalam persaudaraan Islam sebagai umat yang terbaik, kuntum hairum ummatin sentiasa termaktub dalam Al Quran dengan dan terus-menerus menjadi kekuatan umat yang sebenar. Namun karakteristik umat yang terbaik dengan memenuhi kriteria-kriteria penggalak kepada kedamaian, soleh, menolak unsur-unsur merosakan seakan dilenyapkan dan digantikan dengan istilah saudara keganasan.

Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik. Al Imran:110

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: