Jenguk-jenguk ilmu Barat

Pengajian yang menarik dari Dr Fazal Rahim Khan, pensyarah yang mengajarku CRM Communication Research Method. Alhamdulillah, inilah kelas ketigaku selepas Muslim Press dan Western News Network. Analisanya terhadap perkembangan kewartawanan Barat bukan sahaja mendendahkan kelebihan dan strategi mereka, malah ia secara tidak langsung memberi tips kelebihan kewartawanan Islam seandainya konflik antara pengamal media, masyarakat dan politikus dapat dikendurkan.
Dr Fazal memulakan kelasnya dengan goncangan minda melalui siri soalannya, beliau bertanya dari manakah perkembangan ilmu di Barat bermula. Persoalan ini amat penting bukan sahaja untuk ahli akademik semata-mata, tetapi masyarakat dan golongan pendakwah harus mengambil tahu latar belakang perkembangan ilmu di negara Barat seandainya mahu menawarkan pakej yang jauh lebih menarik kepada mereka, iaitu Islam.
Melalui pengkajian, penemuan ilmu dikembangkan.melalui perancangan yang sistematik dan diorganisasikan. Dalam bidang epistimologi, ia merupakan cabang falsafah yang membincangkan bagaimana menjana sumber ilmu pengetahuan untuk masyarakat. Epistimologi Barat telah melakukan pembahagian-pembahagian dalam kaedahnya menjelajah dunia ilmu pengetahuan.
Kita andaikan sebuah piramid yang mempunyai enam blok. Tiga blok pertama menjadi tapaknya, diikuti dengan dua blok dan satu blok sebagai puncak. Setiap blok mewakili pengkaedahan ilmu diterokai.
Tiga blok yang pertama.
Tiga blok pertama ini tidak melalui satu penapisan ilmu yang rigid dan teliti atau bergantung kepada apa-apa prosedur dan aturan yang diperlukan. Ketiga-tiga kaedah pencarian ilmu ini tidak memerlukan individu untuk mengujinya untuk memastikan kebenaran terhadap ilmu tersebut.
Blok 01. Authority
Authority atau bidang kuasa merujuk kepada sumber ilmu berdasarkan kepada siapa yang menyampaikannya. Individu yang menyampaikannya dianggap benar dalam apa sahaja bentuk kata-kata dan pandangannya dan direkodkan.
Blok 02. Intuition
Intuition atau gerak hati adalah salah satu cara bagaimana ilmu diterokai. Ia mengikut rasa hati individu terhadap sesuatu penemuan dan pandangan, dalam ertikata lain ia menggunakan deria keenam yang tidak bergantung kepada lima deria seperti penglihatan, pendengaran, rasa, sentuhan dan bau. Ia juga disebut ilham dan wujud dalam dua keadaan, ilham dari Tuhan atau bisikan syaitan.
Blok 03. Tenacity
Tenacity ialah keadaan yang dirasakan benar kerana ada orang lain yang pernah mengalaminya sebelum ini dan dipercayai keadaan tersebut benar-benar berlaku.
Dua blok pertengahan.
Dua blok pertengahan merupakan kaedah penerokaan ilmu yang memasuki fasa penapisan dan penelitian oleh pengkaji ilmu dan lebih kepada prosedur dan manual yang perlu diikuti sebelum ia diterima. Aturan umum disusun dengan membuat kenyataan-kenyataan yang diuji dengan kaedah deduksi (menolak) dan induksi (menambah). Melalui kaedah deduksi yang memerlukan penjelasan yang logik, ia dikenali sebagai syllogism iaitu:
Dua jenis tanggapan dibentuk, tanggapan utama secara umum(major) dan tanggapan kedua yang spesifik (minor). Dari kedua-dua tanggapan ini, satu kesimpulan akan terbentuk. Misalnya,
(Major) Negara kepulauan adalah negara yang kaya raya
(Minor) Negara Singapura adalah negara kepulauan
Maka negara Singapura adalah negara yang kaya raya
Berbeza dengan kaedah induksi, ia mengambil tanggapan kedua yang spesifik dan menghasilkan tanggapan utama secara umum.
Blok 04. Empiricsm.
Empiricsm tidak begitu mengambil berat tentang logik, ia bergantung kepada apa yang dapat dikesan dengan kelima-lima derianya.
Blok 05. Rationalism
Rationalism dan empericsm diibaratkan seperti adik beradi yang sering berkelahi, tidak ada persetujuan antara mereka. Ia berdasarkan alasan, deduksi, argumentasi dan pembuktian.
Satu blok puncak.
Blok puncak piramid mengambil gabungan kelebihan dalam dua blok pertengahan, logico-empirical. Ia mempunyai pengkajian secara saintifik untuk mengukuhkan sebarang andaian, mempunyai manual dan prosedur yang sangat teliti dan ketat dalam memperolehi hasilnya berbanding blok-blok yang lain. Inilah yang dipanggil Tuhan dalam dunia moden Barat (Na’uzubillah) dan kemodenan Turki di bawah pemerintahan Kamal Atartuk mengambil kira perkembangan ilmu berdasarkan blok puncak piramid ini yang dikenali sebagai sains.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: