Tangga-tangga kajian ilmu Barat.

Sebelum ini kita bercerita bagaimana dunia ilmu Barat berkembang melalui enam blok piramidnya, dalam pengkajian saintifik dalam mencari dan menjelajahi ilmu-ilmu baru mengikut acuan mereka, terdapat beberapa ciri-ciri berikut.
  1. Tertakluk kepada data yang diperlukan yang direkod secara kualitatif dan kuantitatif. Pengkaji perlu jelas apakah bentuk ukuran yang ditentukannya. Misalnya jika A berkata ingin mengkaji keluasan bilik, adakah keluasan itu berdasarkan jumlah pelajar, jumlah lampu, jumlah meja atau saiz antara dinding?
  2. Andaian perlu konsisten dan logik serta mempunyai kekuatan dalam pembuktiannya.
  3. Mempunyai prosedur yang perlu diikuti dengan cara yang formal mengikut peringkat demi peringkat bukan secara kasual, iaitu bermula dan berakhir mengikut mana-mana aturan yang diingini oleh pengkajinya. Ia perlu mempunyai kaitan dengan pengetahuan yang sedia ada dan mempunyai rantaian antara satu tahap dengan tahap yang lain. Jika tidak, pengkaji ilmu tersebut bukanlah menemui ilmu baru, sebaliknya menemui semula apa yang telah ditemui sebelum ini. Penerokaan ilmu baru bererti penambahan terhadap ilmu tersebut.
  4. Ia perlu bersifat awam. Iaitu ia menjadi hakmilik orang rami untuk membaca dan melakukan kajian lanjutan terhadapnya. Di Univeristi, kajian-kajian tersebut diterbitkan dalam bentuk jurnal dan laporan akademik malah prosedur pengkajian harus disertakan di akhir penemuan. Sebarang pertentangan terhadap penemuan tersebut boleh dinafikan dan dibuktikan jika individu yang mendakwa benar atau tidak pengkajian itu meniru semula prosedur untuk mengenalpasti hasilnya.Rekod-rekod ini membawa kepada pembinaan perpustakaan sebagai pusat pengumpulan.
  5. Ia boleh diikuti dan ditiru semula apabila melakukan prosedur-prosedurnya
  6. Mempunyai etika, tidak ada penyembunyian kaedah atau penemuan, penambahan maklumat-maklumat palsu untuk membenarkan hipotesisnya, penyalinan atau plagirisma dan mengakui ia hasil kajiannya dan penipuan.

www.motivasiminda.cjb.net

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: