Yang jauh didekat-dekatkan, yang dekat dimesra-mesrakan

Seawal pagi, ada dua tiga perkara yang perlu diselesaikan. Tempoh pinjaman buku perpustakaan sudah sampai tarikh matinya, awal-awal lagi bergegas ke sana untuk memperbaharui tempoh pinjaman untuk dua minggu akan datang. Perlu dipinjam buku-buku tersebut, jika tidak tak dapatlah menghabiskan buku ketiga nanti.

Pengajian awal pagi mengenai hubungan antara manusia amat menarik. Ia seolah-olah sarapan minda yang masih kosong belum terisi apa-apa lagi. Apa ceritanya yang menarik sangat tentang hubungan antara manusia?

Perhubungan manusia disifatkan sebagai satu bentuk interaksi yang perlu ada dalam kehidupan. Tidak ada manusia yang boleh hidup secara terasing. Hakikat perhubungan ini meliputi dua kategori, hubungan pertama melibatkan hubungan diri dengan Allah dan hubungan kedua melibatkan manusia lain. Aku lebih gemar menjadikannya sebagai satu formula. Iaitu formula Rahmat, 1+2=3 (Hubungan Allah+Hubungan Manusia=Rahmat)

Disebutkan oleh pensyarahku, Prof. Madya Dr Saodah Wok, pentingnya formula Rahmat ini ialah ia berkait rapat dengan doa kita seharian. Makbul atau tergantungnya doa tersebut bergantung kepada betapa lancarnya hubungan kita antara Tuhan dan manusia. Jika kedua-duanya tidak berjalan lancar, belum tentu apa yang diingini akan tercapai.

Dalam satu kajian terhadap 80 majikan oleh UITM, perhubungan manusia turut tersenarai dalam jangkaan mereka dalam memilih jenis pekerja yang ingin digajikannya.
01. Kemahiran berbahasa Inggeris
02. Jenis personaliti calon sama ada sistematik dan teliti. Ini dilihat awal-awal lagi dalam resume calon dan jenis tulisannya.
03. Pengamalan agama. Universiti yang menawarkan pengajian Islam di samping pengajian khususnya memberi nilai tambah kepada pelajar. Malah majikan melihat pengamalan agama sebagai sumber amanah dan moral.
04. CGPA 3.00 ke atas.
05. Mempunyai pendidikan.
06. Pemilihan tidak bergantung kepada lokasi dan asalnya. Tidak bermaksud anda dari Kuala Lumpur dan majikan yang menemuduga juga dari Kuala Lumpur, maka anda terpilih.
07. Campuran pelbagai ilmu dan kemahiran kemanusiaan dan teknikal. Seperti sekarang, kewujudan wartawan dari kalangan pelajar kejuruteraan, ekonomi dan perubatan membuktikan keadaan ini.
08. Pernah melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum dan latihan program berkaitan dengan kerja

Akademiknya, hubungan antara manusia disifatkan oleh Lewis sebagai “Satu kajian bagaimana seorang manusia melayan manusia lain.” Ia turut berkait rapat dengan sikap kita bagaimana kit amemanggil orang lain dengan nama dan gelaran yang disukainya. Saya akui, saya kurang gemar dengan interkasi manusia yang menggunakan nama-nama gelaran seperti YB, Dr, Prof dan seumpamanya. Akal mentah ini mengatakan bahawa gelaran-gelaran ini yang menjarakan hubungan kemanusiaan dalam masyarakat hari ini. Teringat ketika zaman persekolahan menengah, merungut-rungut dalam hati apabila diminta memberi laluan permaidani merah kepada VIP ketika pertandingan debat peringat TYT Melaka sehinggakan ditegur oleh guru pengiring.

Namun dalam setiap gelaran tersebut rupa-rupanya ia mempunyai mesej yang tersendiri. Misalnya dalam gelaran Dr dan Profesor dalam bidang akademik, ia menggambarkan betapa payahnya seseorang dalam penjelajahan ilmunya untuk sampai ke tahap tersebut. Setiap gelaran mempunyai peranan, ia memberitahu siapakah dia dan apakah usaha-usahanya untuk mencapai tahap tersebut. Maka panggilan menggunakan gelaran bukan untuk mengagung-agungkan orang tanpa sebab, tetapi ia adalah penghargaan atas pengorbanannya meliputi masa, usia dan hartanya untuk itu. Memanggilnya dengan gelaran tersebut adalah satu kelegaan bagi pemiliknya. Kini barulah kita tahu, mengapa ada yang berang dan mencuka wajahnya apabila tidak disebut huruf-huruf di hadapan namanya apabila disapa.

Skop yang lebih kecil, kita melihat bagaimana ia dipraktiskan dalam kehidupan berkeluarga. Ada gelaran untuk ayah, ibu dan anak. Ia memainkan fungsi yang sama. Dr Saodah berkongsi kepada kami bahawa pencapaian akademik seorang wanita melalui satu perjalanan yang jauh lebih sukar dari kaum lelaki. Bagi seorang wanita yang mengikuti pengajian PHDnya, cabaran keluarga, kewangan dan kuliah iaitu pensabotaj di kalangan rakan-rakan sekerja dan kelas adalah satu perkara besar yang memerlukan sokongan. Tidak terkejut jika melihat wanita dalam mendapat pendidikan tertinggi ini sering ‘keseorangan’ dalam perjalanannya. Kerana itu, para pelajar harus memanggilnya bukan sekadar puan, ‘madam’ tetapi sapalah sesuai dengan gelarannya.

Walaupun ia sekadar dua-tiga perkataan dihadapan namanya, jika ia disebut dan disapa dengan perkataan tersebut, ia cukup membuat pemiliknya berbesar hati dan mengenang kembali apa yang telah dilaluinya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: