Hidup satu kebetulan- Atheist menolak Tuhan

21/02/2003
KEMAJUAN serta kemunduran sesebuah negara membawa kepada perubahan masyarakat daripada status sosial, perubahan sikap serta bentuk pemikiran yang berbeza.
Wujud kelompok-kelompok yang memikirkan apakah cara hidup yang terbaik untuk mereka dan masyarakatnya serta apakah ia membawa implikasi yang positif dalam satu jangka masa yang tertentu.
Gandingan nilai-nilai kehidupan agama dan dunia mulai terpisah, lebih-lebih lagi kehadiran arus kedua gelombang ketamadunan serba maju ini yang bersandarkan sains dan teknologi.
Agama tidak memberi sebarang maksud lagi bagi manusia, malah dilihat sebagai penyekat kebebasan. Golongan Atheist bangkit memperjuangkan apa yang digelar sebagai kehidupan tidak bertuhan dan kebebasan tanpa batasan.
Di Amerika misalnya, telah wujud satu gerakan dinamakan sebagai American Atheists, sebuah badan yang memperjuangkan hak-hak mereka serta mengetepikan kepentingan golongan yang beragama.
Seterusnya, kelahiran selebriti Atheist juga tidak kurang mempengaruhi masyarakat, di antaranya seperti Bruce Willis dan aktres yang membintangi filem Contact, Jodie Foster.
Terdapat beberapa pandangan yang menghuraikan pengertian Atheistism yang kini banyak melanda negara-negara Barat, tidak terkecuali sebahagian besar di sekitar Asia Tenggara ini.
Ia boleh dilihat sebagai satu ideologi yang disokong sebagai satu gerakan ke atas negara-negara di dunia, dengan membawa satu perencanaan baru ke dalam kehidupan manusia.
Ada juga yang bermula daripada kedudukan sebagai free thinker, yakni golongan yang menerima semua jenis agama dan kepercayaan.
Kemudian kekeliruan yang dilihat sebagai tiada penyelesaian, meletakkan golongan ini sebagai atheist yang menolak agama kerana bagi mereka agama adalah punca kekeliruan.
Kemuncaknya, mereka mula menolak tuhan dengan menganggap kehidupan adalah satu kebetulan.
Mereka bermula dengan menolak imej-imej dan konsep-konsep ketuhanan bersifat objek dan imaginatif, yang diserapkan kepada pemikiran mereka yang dianggap bertentangan dan kemudian beralih kepada kedudukan neutral yang menolak kewujudan tuhan.
Di dalam membincangkan Atheistism, kita tidak terlepas dengan menggunakan istilah agnostic.
Istilah ini pertama kali muncul di dalam satu persidangan Persatuan Metafizik oleh T.H Huxley pada tahun 1876.
Ia membawa maksud, kepercayaan kepada tuhan adalah satu perkara yang tidak boleh dibuktikan dan tidak mungkin benar.
Dr. Mustafa Mahmud di dalam bukunya Dialog Muslim-Atheist (1981 Penerbitan Nasional), menyenaraikan beberapa bentuk persoalan yang sering dikemukakan dan dianggap tidak mampu dijawab oleh mana-mana Muslim, sekalipun yang berpegang teguh kepada gaya hidup Islam.
Siapakah yang mencipta Tuhan yang telah menciptakan alam semesta ini?
Soalan ini tidak mempunyai asas yang relevan sama sekali. Penyoal mengakui alam diciptakan Tuhan kemudian mengajukan soalan sebegini.
Ia telah mencampur-baurkan Zat pencipta dengan zat-zat ciptaan-Nya, maka pertanyaan sebegini akan bertentangan.
Tambahan lagi soalan ini menganggap Tuhan tunduk kepada hukum dan aturan yang berlaku bagi seluruh ciptaan-Nya.
Profesor Immanuel Kant mengulas, akal sangat terbatas kemampuannya untuk mengetahui sifat ketuhanan tetapi kita dapat merasainya dengan gerak nurani kita
Satu lagi bentuk serangan dengan mengatakan agama umpama candu. Maksudnya agama dijadikan sebagai merosakkan pemikiran manusia yang lemah agar terus khayal dengan janji-janji syurga neraka yang lebih bersifat imaginatif.
Satu kesalahan besar mengaitkan agama umpama candu.
Ini kerana, sifat Islam itu sendiri penuh dengan kegiatan, tanggung jawab dan kewajipan yang perlu dipenuhi.
Ia bukannya bersifat pengangguran, bermalas-malas dan berangan-angan.
Realitinya, gerakan Atheist itu sendiri adalah bersifat candu yang mengkhayalkan, kerana menolak tanggungjawab, bersifat materialistik, tidak percaya kehidupan sesudah mati dan bebas bergerak sesuka hati dengan sandaran masa dan kebebasan merupakan hak milik peribadi.
Lebih tinggi lagi, Islam menentang segala bentuk kapitalisme dan materialisme melampau yang menindas serta memeras serta merampas hak orang lain.
Seterusnya, golongan ini memperlecehkan al-Quran sebagai satu mukjizat yang datang daripada Allah s.w.t. sebagai panduan umat manusia.
Mereka menganggap Muslim merupakan golongan fanatik terhadap al-Quran tanpa mengambil kira sebarang kemungkinan Muhammad s.a.w. yang menggubah ayat-ayat tersebut.
Mereka lupa, di dalam al-Quran terkandung ilmu-ilmu Allah yang hanya dibuktikan selepas beberapa kurun selepas itu.
Dunia sains dan teknologi hari ini banyak membongkar rahsia penciptaan alam serta manusia. Secara tidak langsung membongkar juga kebenaran Al Quran.
Dengan mengambil satu contoh, saintis dalam bidang geologi yang merupakan profesor geologi dan pengerusi Jabatan Geologi Institut Geosciences, Universiti Mainz, Germany iaitu Profesor Professor Alfred Kroner memberi komennya selepas mengkaji beberapa ayat al Quran yang menyentuh ilmu Geologi.
“Setelah mengkajinya dan memikirkan dari mana Muhammad berasal, adalah mustahil baginya untuk mengetahui penciptaan alam semesta kerana penemuan penciptaan alam semesta hanya dapat dibuktikan oleh para saintis selepas adanya kaedah teknologi yang maju beberapa tahun yang lalu.”
Kroner merujuk kepada surah Al anbiya ayat 30 yang bermaksud: “Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?”
Dengan mengambil contoh ayat ini beliau mengatakan adalah mustahil pada zaman Nabi Muhammad s.a.w, manusia mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai ilmu nuklear fizik ketika itu.
Dan ini menimbulkan persoalan kepada beliau bagaimana baginda mampu menyampaikan mesej al Quran yang mengandungi ilmu sebegitu berharga dengan tepat sekali.
Seorang ahli falsafah, Francis Bacon mengatakan pengetahuan yang sedikit mengenai ilmu sains menjadikan seseorang itu Atheist, tetapi pengkajian yang mendalam mengenainya menjadikan seseorang itu percaya kepada tuhan.
Hari ini golongan Atheist yang bermula seawal kurun 18 sudah tidak ada tempat untuk berdiri di kurun ke 21 ini.
Walau apa pun, setiap individu Muslim perlu sentiasa berawas agar usaha mereka tidak diwarisi oleh generasi kedua ketamadunan manusia hari ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: