Kesempatan eratkan perpaduan

16/11/2002
Syiar Ramadan
Isu perpaduan dan polarisasi kaum menjadi tumpuan utama kerajaan dalam menentukan kestabilan negara pada masa akan datang. Kehadiran Ramadan sebenarnya membawa kepada satu gagasan idea ke arah usaha perpaduan yang melibatkan sesama Muslim dan bukan Muslim. Cuma yang menjadi penghalang kepada kita ialah kegagalan kita memanfaatkan bulan yang mulia ini ke arah satu usaha damai kepada semua pihak. Tidakkah Allah mengingatkan kita, umat Islam perlu sentiasa mencari peluang ke arah sesuatu yang lebih baik.
Gunakan peluang dalam bulan Ramadan ini untuk menyebarkan kasih sayang antara kita, kerana asas perpaduan hanya lahir setelah adanya kasih sayang. Malangnya hari ini, ibadat yang dilakukan tidak mencambahkan buah yang diingini. Perpaduan bukan sahaja makin merenggang di antara kaum malahan di antara umat Islam sendiri.
Ramai pihak daripada kaum Cina dan India beranggapan bulan yang mulia ini sebagai pesta makan besar-besaran yang disambut oleh orang Islam setiap tahun selama sebulan. Mereka tidak melihat Ramadan sebagai bulan beribadat, bulan meningkatkan keimanan, menguatkan tali persaudaraan, keinsafan mahupun sebagai bulan melatih diri ke arah kebaikan.
Kita tidak boleh menyalahkan mereka atas salah faham yang timbul, cuma bertanyalah pada diri sejauh mana kita telah berkongsi hakikat sebenar mengenai Ramadan ini. Masalah demi masalah berlarutan apabila terdapat golongan Islam yang membawa tanggapan yang meleset mengenai Ramadan. Keadaan ini pernah berlaku di salah sebuah institusi pengajian awam tempatan. Pernah berlaku dua orang pelajar Cina tertarik dengan suasana pelajar-pelajar Muslim yang menunggu waktu berbuka puasa di kolej kediaman mereka.
Gelagat mereka berdua disedari oleh salah seorang pelajar Muslim di situ, lalu menjemput mereka berbuka puasa bersama-sama. Jemputan pelajar tersebut mengundang rasa gembira di hati kedua-dua pelajar Cina itu dan membuat mereka bergegas pulang untuk menukar pakaian mereka kepada baju kurung sebagai tanda menghormati majlis. Malangnya, kehadiran kedua-dua pelajar ini tidak disenangi oleh majoriti besar pelajar Muslim di situ.
Cuba kita letak diri kita di tempat kedua-dua pelajar tersebut, apakah pandangan mereka terhadap Islam dan orang Melayu apabila kehadiran mereka yang ingin berkongsi kegembiraan Ramadan disambut dengan perasaan curiga?
Isu ziarah-menziarahi antara kaum di musim perayaan juga menjadi persoalan sama ada ia membawa kepada perpaduan kaum yang positif. Bertahun-tahun kita melawat jiran dan sahabat handai yang berlainan agama serta budaya, sepatutnya peluang ini diambil untuk kita mempelajari dan memahami budaya serta agama sesuatu kaum dan berkongsi pengetahuan tersebut agar amalan ziarah sebegini tidak sia-sia.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: