Persatuan Isteri-Isteri Poligami wajar disokong

22/10/2002
MENGAPA cadangan peguam syarie Wan Mohd. Nazri Wan Hassan agar ditubuhkan Persatuan Isteri-Isteri Poligami menjadi isu sedangkan ia bertujuan mencari kaedah yang terbaik bagi mengatasi permasalahan yang timbul dalam keluarga yang berpoligami?Ada yang mengatakan bahawa penubuhan persatuan sebegini akan menggalakkan lebih ramai lelaki untuk berpoligami.Atas rasional apakah yang membuatkan beberapa individu membuat kenyataan sedemikian? Hakikatnya persatuan tersebut diwujudkan untuk `membela’ bukannya `menggalakkan’ sesuatu daripada terus berlaku.
Azizah Mohd. Noor, Presiden Penaja Persatuan Isteri-Isteri Poligami berkata, masyarakat harus memahami situasi yang dihadapi oleh isteri-isteri poligami sebelum bertindak menghukum mereka.
Pandangan beliau perlu diberi perhatian kerana idea penubuhan persatuan tersebut adalah dari golongan mereka dari keluarga berpoligami dan pernah merasai pahit manis kehidupan sedemikian. Persatuan itu mahu mengumpulkan mereka bagi sama-sama mendengar dan mencari penyelesaian dalam permasalahan yang dihadapi.
Persatuan sebegini adalah satu usaha musyawarah yang mahu mencegah sesuatu masalah yang bakal timbul. Tidakkah Allah mengingat kita “…dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (dan hal-hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakal kepada-Nya.” – Al Imran: 159.
Sebagaimana katakan Azizah: “Persatuan ini ialah saluran untuk isteri-isteri poligami yang teraniaya mencari tempat untuk mengadu dan mencari pengadilan untuk masa depan mereka.”
Persatuan ini mungkin boleh bertindak sebagai penyokong kepada institusi-institusi yang sedia ada antaranya ialah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). Saya percaya kewujudan persatuan ini setidak-tidaknya mampu meningkatkan kefahaman masyarakat tentang hakikat perkahwinan di dalam Islam berdasarkan firman Allah:
“Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah itu bahawa Dia jadikan bagi kamu pasangan hidup agar kamu mendapatkan ketenangan/kebahagiaan bersamanya. Kemudian Allah ciptakan di antara kamu berdua mawaddah dan rahmah. – al-Rum: 21
Oleh itu penubuhan persatuan ini wajar disokong selagi ia membawa kebaikan kepada golongan isteri poligami tidak kira yang pertama atau kedua dan seterusnya, sejajar dengan tuntutan al-Quran dan hadis

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: