Apakah pilihan kata-katamu?

07/06/2005
“Kami diminta oleh Kopanski untuk membahagikan kelas kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan akan diwakili mengkut nama puak-puak Red Indian dan setiap ahli puak haruslah mengetahui latar belakang puak mereka. Kebanyakkan nama yang disebutnya bunyinya ganjil awalnya. Tetapi konsep pembelajaran secara kreatif ini membuat kami teruja untuk terus mengikuti kelas ini. Antaranya Irogouis, Ojibue, Dakota, Cheroke, Kiowa, Commanche, Apache, Zunni, Hopi, Mohicans, Mohawk dan pelbagai nama puak-puak yang menjadi jajahan tuan kulit putih di bumi Amerika.

Kopanski dari pandangan mata aku merupakan seorang yang tidak bimbang dengan perubahan dan keterasingan. Dia tahu membawa dirinya dan mudah mencari peluang ketika mana diri kelihatan tersepit dengan keadaan. Dalam salah satu satu pengalamannya, dia menceritakan kesukarannya mendapat kebenaran untuk menetap untuk satu tempoh masa di bumi Amerika oleh pihak berkuasa di sana, tetapi dia masih bertindak seperti biasa dalam usahanya yang dipanggil ‘dakwah’.

Kopanski tiba di satu tempat, kelihatan seorang tua sedang menjaga stesyen gas di sana (gas station lebih diketahui mereka berbanding petrol station mengikut istilah kita di sini). Lelaki tua tersebut merupakan salah satu keturunan Red Indian dari puak Taos. Kopanski menyapanya dan ia benar-benar memberi satu kegembiraan kepada orang tua itu yang hanya bersendirian di kawasan yang jauh dari petempatan. Dalam suai kenal mereka, Kopanski meminta kebenaran untuk menetap di Amerika dari orang tua tersebut. Terkejut dengan permintaannya, orang tua itu menggeleng-geleng kepala, “Bagaimana awak hendak meminta kebenaran di sebuah negara sedangkan saya bukanlah pegawai yang menguruskannya…”
Jawab Kopanski, “Saya meminta kebenaran dari orang yang telah lama di sini dan pemilik asal bumi ini…”

Motivasinya, dalam interaksi dengan orang yang asing sekalipun akan menjadikannya jatuh cinta kepada kita apabila kita memilih kata-kata dan bertindak pada waktu yang betul untuk meminta sesuatu. Ia mengingatkan aku bagaimana Rasulullah memujuk orang ramai dengan kata-kata yang amat rapat dengan jiwa orang yang didakwahnya. Peristiwa di sebuah kebun adalah contoh yang menarik apabila seorang pekerja beragama Nasrani datang kepadanya dan bertanyakan sama ada dia Muhammad, Rasul terakhir yang disebut-sebut di bumi Mekah. Kata Rasulullah, “Ya, dan aku adalah saudara Yahya (John the Baptist).” Dengan perkataan ini betapa dilayannya Rasulullah dengan penghormatan dan membuka jalannya kepada Islam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: