Dunia Perang

07/06/2005
“Dia pernah terlibat dalam tiga siri peperangan dan revolusi di negaranya. Setiap pengalamannya dikongsikan kepada kami untuk kami mencari nilai di sebalik cerita-cerita tersebut. Itulah yang disebut sejarah. Pensyarahku ini menceritakan bagaimana pengalamannya apabila melibatkan diri dalam tentera. Katanya, ia adalah kebiasaan menghantar ‘musang’ yang muda dari menghantar ‘musang’ yang tua ke medan pertempuran. Inilah yang terbukti dalam sejarah Rome, Eropah dan Amerika Syarikat.

Berapa ramai anak muda direkrut secara sukarela atau arahan kerahan tenaga untuk dijadikan bahan pertempuran mereka. Aku teringat ketika menonton Farenheit 9-11, dua anggota tentera berlegar di sekitar pusat membeli belah untuk mencari muka-muka baru untuk dijadikan sebahagian anggota tentera mereka. Musang-musang muda adalah pencorak sejarah peperangan dahulu dan sekarang. Mereka dikenali bukan kerana kepahlawanan mereka, tetapi dikenali dengan jumlah kematian mereka yang besar setiap kali pertempuran.

Pensyarahku menyebut, tentera bukanlah kelompok yang sesuai sebagai pentadbir negara. Mereka tidak boleh dijadikan pemimpin dan perencana intelektual kerana sikap dan pemikiran mereka telah dibentuk dalam gaya yang lain. Lihat sahajalah di mana-mana kem tentera, jeritan, tindakan-tindakan kasar ke atas mereka disusun agar mereka menjadi lasak dan sesuai dijadikan mesin pembunuh dalam peperangan. Kopanski menyebutkan, keunikan lelaki menjadikan mereka sesuai menjadi tentera, cukuplah seminggu mereka dihadapkan dnegan perkara-perkara ini maka hasilnya dia mudah untuk mengadaptasi corak hidup sedemikian.

Tentera bukanlah sekadar mengambil sesiapa sahaja yang diingini, hanya orang tertentu sahaja layak untuk memasuki dunia tersebut. Jika tentera disebut sebagai pengaman, ia disebut sebagai pengaman dalam kesediaan terhadap ancaman. Orang-orang Rome selalu menggunakan perkataan ini, CIVI PACEM PARA VELLUM (untuk aman bersedialah dengan peperangan). Lelaki disifatkan sesuai untuk menjadi seorang tentera. Mengapa demikian? Secara semulajadinya, apabila lelaki mengalami stress dan tekanan, mindanya cenderung untuk merancang, menapis dan bertindak. Lihat sahaja dalam pemanduan kenderaan secara laju, anda akan melihat lelaki cenderung memegang sterengnya lebih kuat dan memutar sana sini untuk mengelak apabila hampir terlibat dalam kemalangan. Minda mereka cepat terbuka dan bertindak. Bukan dengan jeritan dan menutup muka. Namun bahayanya apabila lelaki dalam keadaan malas, dia disifatkan tidak berfungsi sama sekali.

Tentera yang baik adalah tentera yang mempunyai ketakutan dalam dirinya. Ketakutan ini yang akan mendorong diri untuk berlari, berlindung, tunduk dan merangkak ketika menyerang musuh. Semakin lama dia hidup dan bertindak, semakin cerah peluang untuk menang dalam pertempuran. Jika berlakunya kecederaan dalam peperangan tersebut, perkara pertama yang akan dilakukannya apabila sedar atau diberi rawatan ialah menyentuh wajahnya sebelum anggota-anggota lain untuk mengenalpasti kecederaan.

Ada waktunya mereka yang dipertanggungjawabkan memimpin bala tentera terpaksa membuat keputusan yang besar yang memberi bebanan emosi kepada dirinya. Lebih-lebih lagi keputusan yang memerlukan dia menipu agar tentera-tenteranya terus berjuang dan melawan. Misalnya, apabila gagal mendapatkan bantuan dari batalion lain, maka apa yang diarahkannya akan berbunyi seolah-olah bantuan akan sampai untuk membantu mereka dan mengarahkan mereka untuk kekal dan mengubah posisi dalam keadaan menyerang, sedangkan keputusan itu bermaksud mereka akan mati tanpa mengetahui bantuan tidak akan tiba. Ia terpaksa dilakukan agar emosi mereka tidak terjejas dan semangat mereka terus kekal.

Ini adalah satu cerita dari orang lama, bersetuju atau tidak terpulang kepada diri masing-masing. Namun setiap sejarah ada motivasi yang boleh diambil darinya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: