Morning Musume Kepopularan dan Kepandaian

Morning Musume, satu kumpulan penyanyi dari Jepun yang menjadi fanomena di sana. Aku mengenali mereka melalui seorang rakan yang gemar memuat turun klip-klip video kumpulan berkenaan. Menurutnya, kini kumpulan tersebut telah melalui peringkat ke generasi ke enamnya. Anggotanya yang paling muda berusia belasan tahun dan paling tua adalah 22 tahun. Mengapa kumpulan ini menjadi perbincanganku dalam blog kali ini? Adakah kerana kejelitaan dan kecomelan wajah mereka menjadi sebab untuk aku menulis berkenaan kumpulan ini?

Dalam kebanyakan klip video yang dimuat turunnya, salah satunya cukup menarik hati aku. Ia berkenaan tentang aktiviti mereka ketika musim luruh. Ia berlaku di sebuah sekolah, apabila mereka dihimpunkan dan perlu mengambil peperiksaan dalam enam hingga lapan subjek dalam tempoh yang diberikan. Ahli kumpulan yang mendapat markah paling rendah akan menerima gelaran dari gurunya dengan panggilan sebagai ahli kumpulan paling bodoh dalam Morning Mutsume. Sehinggakan gurunya berkata, “Biar mereka melupakan nama awak. Setiap kali awak melalui bandar Jepun orang tidak memanggil awak dengan nama tetapi dengan gelaran itu…”

Peperiksaannya melibatkan banyak subjek seperti penulisan kanji, peribahasa, matematik, sains, sejarah, sosial, bahasa Jepun dan bahasa Inggeris. Akhirnya dalam lima belas ahli kumpulan tersebut, seorang telah ditentukan sebagai ‘The Most Idiot Girl’ Morning Mutsume kerana markah yang diperolehi adalah yang paling rendah dan jika diukur dari ukuran peperiksaan sebenar, ia boleh dikategorikan sebagai gagal dalam beberapa matapelajaran.

Meskipun mereka melalui tempoh tersebut dengan lawak jenaka, kegilaan guru dan rakan-rakannya. Namun, si penerima gelaran tidak dapat menahan air matanya. Lebih teruk lagi, gurunya terus menerus membuat gurauan atas kebodohannya. Meskipun dia tertawa apabila diperlakukan dalam keadaan begitu, namun bahasa badannya jelas menggambarkan perasaannya. Lebih malang, dia diberikan mahkota dan tongkat sebagai ‘penghargaan’ atas kebodohannya.

Di sebalik gelak ketawa melihat gelagat mereka, aku melihat satu perkara. Tidak ada siapa mahu kalah dan ketinggalan hatta di kalangan rakan-rakan sekalipun. Menjadi seorang yang disifatkan bodoh dalam kelompok orang yang dikenali mungkin menjadi sesuatu yang memalukan.

Apa yang positifnya melihat seseorang diberi gelaran ahli paling bodoh dalam rancangan ini, salah satu perkara yang menarik dalam kata-kata gurunya, “Jangan fikir kamu menjadi ahli kumpulan ini kamu tidak perlu berusaha…” Dengan ertikata lain, kita mungkin hebat dalam bakat kita, menjadi popular dengan suara dan kecantikan wajah, kecergasan dalam bidang sukan dan apa jua yang bersifat fizikal namun tidak bermakna kita boleh suka-suka menolak pentingnya ilmu dalam diri lebih-lebih jangan dikeringkan minda atau kita sendiri akan digelar dengan gelaran ahli kumpulan yang malang pada hari itu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: