Lima Das & Ketakutan

Pengeboman kali ke dua di Kota London menjadi hidangan berita televisyen bersama-sama liputan perhimpunan agung UMNO yang sedang rancak di PWTC. Meskipun pengeboman kali kedua disifatkan sebagai tidak seteruk insiden yang pertama, namun impaknya terhadap umat Islam London dan seluruh dunia menjadi semakin meruncing. Seorang lelaki mati dengan lima das tembakan apabila cuba dikejar oleh pihak polis dengan berpakaian biasa. Lelaki tersebut berjaya dijatuhkan dan kemudian ditembak. Pada masa yang sama sebuah masjid dikepung oleh pihak berkuasa. Kematian lelaki Brazil akibat lima das tembakan tersebut menandakan mereka dalam ketakutan yang amat sangat dan menjadi prejudis dan buruk sangka terhadap orang lain. Boleh jadi lelaki tersebut bukanlah orang yang dicarinya, sejak beberapa hari yang lalu seorang lelaki keturunan Arab mati dibelasah kerana Islamophobia yang menjadi-jadi. Ini menjadi alasan yang cukup kuat untuk mangsa ketakutan pihak keselamatan yang ditembak untuk melarikan diri. Seandainya anda dikejar oleh sekumpulan manusia dengan berpakaian biasa, adakah anda akan menunggu mereka?
Petikan Berita Harian Sabtu 24 Julai 2005
Lelaki disyaki mahu melancarkan serangan berani mati ditumpaskan di sebuah stesen kereta api bawah tanah di selatan bandaraya London
LONDON: Polis London menembak mati seorang lelaki di sebuah stesen kereta api bawah tanah selatan ibu kota itu semalam ketika laporan stesen televisyen menyatakan lelaki yang mati itu disyaki bakal melancarkan serangan berani mati.
Kejadian itu berlaku, sehari selepas siri kedua serangan pengganas ke atas rangkaian pengangkutan awam negara itu dalam tempoh dua minggu.
Pada masa sama, polis London semalam memburu empat `bakal’ pengebom selepas tiga kereta api bawah tanah dan sebuah bas diletakkan bahan letupan yang gagal meletup kelmarin, serangan ganas kedua di ibu kota Britain itu dalam tempoh dua minggu.
“Kami mengesahkan sejurus selepas jam 10 pagi pegawai polis memasuki stesen kereta api Stockwell. Polis berdepan dengan seorang lelaki dan akhirnya dia ditembak dan disahkan mati di tempat kejadian,” kata jurucakap polis.
Stesen televisyen Sky News sebelum ini melaporkan lelaki yang ditembak mati itu disyaki sebagai penyerang berani mati sehari selepas cubaan melakukan serangan ke atas tiga kereta api bawah tanah dan sebuah bas, gagal dilaksanakan kelmarin.
Polis Pengangkutan Britain berkata, laluan kereta api bawah tanah Northern dan Victoria yang melalui Stockwell, ditutup berikutan kejadian tembakan itu.
Penumpang berkata, seorang lelaki yang digambarkan sebagai dari Asia Selatan, berlari memasuki sebuah kereta api. Polis memburu lelaki itu sebelum lelaki itu terjatuh dan ditembak polis.
“Mereka menolaknya sehingga tertiarap di atas lantai dan melepaskan lima das tembakan ke arah lelaki itu. Lelaki itu mati. Dia kelihatan seperti musang yang terperangkap dalam jerat. Dia kelihatan ketakutan,” kata saksi, Mark Whitby kepada Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).
Whitby berkata, kelihatan lelaki itu tidak membawa apa-apa tetapi berkata, lelaki berkenaan memakai kot tebal yang kelihatan mengandungi sesuatu.
“Kami berada dalam kereta api itu apabila tiba-tiba terdengar seseorang berkata, `keluar, keluar’ sebelum kedengaran bunyi tembakan,” kata seorang lagi penumpang, Briony Coetsee.
Alistair Drummond dari Perkhidmatan Ambulans London berkata, paramedik dikerah ke stesen itu pada jam 10.10 pagi. —
Agensi

Inilah akibatnya jika berguru denga Israel.
Berita Harian 26 Julai 2005 DUNIA
Polis Britain tersilap kerana terikut-ikut latihan di Israel

LONDON: Ketua Suruhanjaya Hak Kemanusiaan Islam (IHRC), Massoud Shadjareh, berkata kesilapan polis Britain menembak mati lelaki warga Brazil, Jean-Charles de Menezes ialah hasil latihan yang diterima pasukan itu di Israel mengenai cara menghalang serangan pengeboman berani mati.

Laporan latihan yang diterima itu kemudiannya disahkan oleh bekas ketua polis Britain, John Stevens.

Dasar itu mengundang kritikan tajam akhbar terkemuka dengan Financial Times menyebut polis ‘mengambil langkah bahaya’ manakala Daily Mail melaporkan mereka berisiko dituduh bersikap ‘sama teruk seperti pengganas.’

Sementara itu, ketika menerima ‘tanggungjawab sepenuhnya’ di atas kesilapan membunuh Menezes, polis Britain masih tertakluk kepada arahan menembak orang disyaki pengebom tepat di kepala, kata Pesuruhjaya Polis Metropolitan, Ian Blair.

Dia mengesahkan laporan akhbar bahawa polis negara itu kekal dengan dasar ‘tembak untuk bunuh’ dan tidak boleh memberi jaminan kesilapan serupa tidak akan berulang, lapor Agence France-Presse (AFP).

“Saya rasa kami agak selesa bahawa dasar itu betul tetapi sudah tentu sekarang ialah masa paling sukar buat kami. Tiada sebab menembak dada seseorang kerana di situlah letaknya bom.

Sementara itu, dia menegaskan pasukannya ‘bertanggungjawab sepenuhnya’ di atas kematian Menezes, yang menjadi mangsa kesilapan tembakan polis Britain di satu stesen kereta api bawah tanah di selatan London Jumaat lalu.

“Ini satu tragedi. Polis Metropolitan bertanggungjawab sepenuhnya atas perkara ini,” katanya. – Agensi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: