DBP diminta terbit semula karya 30-an


DBP diminta terbit semula karya 30-an

KUALA LUMPUR 30 Julai 2005 – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) diminta menerbitkan semula karya-karya penulis terpilih di antara tahun 1937 hingga 1970 supaya pemikiran mereka dapat dihayati oleh masyarakat sekarang.
Isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, kebanyakan karya pada era itu banyak menjurus kepada usaha menyemarakkan semangat nasionalisme, persoalan sosial dan pengisian kemerdekaan.
Malahan katanya, ada pengarang yang berjaya merentasi persoalan lebih jauh dan berani mengkritik orang Inggeris dan Melayu yang mudah terpengaruh dengan nilai budaya Barat.
“Sebagai contoh, karya Putera Gunung Tahan (1937) dan Anak Mat Lela Gila (1941) oleh Ishak Muhammad memaparkan rakaman pengalaman perjuangan serta saranan kepada perjuangan bangsa Melayu.
“Selepas merdeka pula, karya terakhir Ruhil Hayat iaitu Rumah Kaca Digegar Gempa memandang sinis terhadap masyarakat Barat yang mengagungkan idea masyarakat liberal,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan buku-buku terbaru karya Sasterawan Negara (SN) Arena Wati.
Buku-buku tersebut ialah Tujuh Tegak Bersama, Antara Dua Deru terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka), Warna Sukma Usia Muda (Penerbit UKM), Trilogi Samira, Antara Manusia dan Kepala Bapak Itu (Utusan Publications & Distributors).
Turut hadir Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Datuk Dr. Firdaus Abdullah, Ketua Satu Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena), Tan Sri Prof. Emiritus Ismail Hussein.
Menurut Rosmah lagi, penggunaan teknologi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) perlu dimanfaatkan oleh penerbit dan pengedar buku untuk memasarkan buku terbitan mereka.
“Karya Harry Porter yang meletup di seluruh dunia misalnya banyak didorong promosi melalui Internet dan laman web,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: