`I love you’ tidak akan dilupakan

Mencari motivasi cinta dari sebuah berita. Moga-moga kita tidak leka dalam memberi penghargaan terhadap sesiapa sahaja yang kita kenali dalam kehidupan ini. Boleh jadi rasa penghargaan dan kata-kata manis anda terhadanya adalah kata-kata yang terakhir yang terbaik untuk anda dari dirinya.

`I love you’ tidak akan dilupakan
Petikan Berita Utusan Malaysia 31 Julai 2005

KUCHING 30 Julai – Warnidah Abdul Rahman, 32, isteri kepada mangsa terakhir yang ditemui terbunuh dalam nahas helikopter Bell 206 Long Ranger di Bukit Batu Tiban, Ulu Baleh, Kapit tidak akan melupakan ungkapan `I Love You’ yang dilafazkan suaminya Sabtu lepas.

Menurutnya, kata-kata itu dinyatakan ketika suaminya, Ramli Jamal menghubunginya pada pukul 11.50 pagi sebelum berangkat ke Long Singut bagi menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan sempadan.

“Itulah perkataan romantik terakhir yang saya dengar daripada suami saya sebelum dia meletakkan telefon,” katanya di sini hari ini.

Ramli, 35, merupakan kakitangan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem) di Kuching yang sebelum ini dilaporkan hilang, ditemui mati oleh anggota mencari dan menyelamat (SAR) petang semalam.

Turut terkorban dalam nahas tersebut ialah juruterbang helikopter itu, Kapten Razali Sani, 48 dan anggota tentera dari Sembilan Briged Infantri, Empeni Anak Karong, 33.

Seorang lagi penumpang Razali Hasan yang juga merupakan petugas Jupem ditemui selamat dan mengalami beberapa kecederaan.

Menurut Warnidah, kali terakhir dia menemui suaminya ialah pada hari Selasa (19 Julai) sebelum dia pergi ke pejabatnya dan seterusnya berlepas ke kawasan sempadan.

Katanya, dalam perbualan telefon itu suaminya turut memaklumkan bahawa beliau akan pulang ke Kuching pada 30 Julai (hari ini) selepas kerja-kerja di kawasan sempadan selesai.

Menurutnya, sebelum berangkat suaminya ada memberitahu rakan-rakannya dia agak keberatan untuk pergi sebab terpaksa naik helikopter Hornbill Skyways.

“Dia masih teringat tragedi helikopter itu yang terhempas di Bario tahun lepas tetapi disebabkan tugas dia terpaksa pergi,” katanya.

Warnidah yang kelihatan tenang sepanjang perbualan dengan wartawan berkata, berita mengenai kematian Ramli disampaikan oleh dua orang pegawai Jupem yang datang ke rumahnya pada pukul 9 pagi ini.

“Memanglah sedih tapi saya pasrah dan kuatkan semangat untuk terima apa yang telah takdirkan,” katanya.

Ditanya reaksi tiga anaknya Nadia, 9; Fadzli, 7 dan Faiz, 5, terhadap berita kematian bapa mereka, Warnidah berkata, mereka belum mengerti apa yang terjadi tetapi kerap bertanya mengenai Ramli.

Allahyarham yang bertugas hampir 15 tahun dengan Jupem, sebelum ini merupakan petugas di bahagian tugas-tugas luar sebelum bertukar di ibu pejabat sebagai pemandu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: