Peluang hadir dalam tindakan yang kecil

Dari pengamatanku seminggu dua, saya dapati antara cara hendak memudahkan kita untuk membina keyakinan diri dan mencipta peluang-peluang yang baru ialah dengan melatih diri dengan perkara-perkara kecil. Misalnya dalam seminggu lalu ada perkara-perkara yang kelihatan kecil tetapi impaknya memberi nilai motivasi yang menjadi pengajaran mendalam kepada diri.

Satu berlaku di kelas sementara satu lagi ketika program Saudara Naim dalam ceramahnya Membina Karisma Dalam Kepimpinan. Dalam kelas pengajian Communication Reserah Method (CRM) Profesor Fazal Rahim Khan, pensyarah Pakistan yang secara peribadinya aku melihat sebagai jentera pemikir kewartawanan dan pakar dunia media Muslim-Barat bertanyakan kepada pelajar tentang peringkat-peringkat dalam membuat kaji selidik bagi tujuan akademik. Beliau menghilangkan salah satu langkah penting dalam proses membuat kaji selidik. Tawaran markah untuk jawapan yang tepat membuat ramai yang teruja. Maka ramai yang mencuba tapi majoriti tidak berjaya.

Kebetulan kumpulan tugasanku membuat benda berkaitan dengannya dan saya pula yang difokuskan kepada perkara tersebut, tetapi tidak pula saya jawab, cuma berkata dengan suara yang rendah sehinggalah rakan seorang lagi, sahabatku dari Guinie yang merupakan ahli kumpulan tugasan mendengarnya dan menjawab. Terkejut aku, cepat benar sahabat seorang ni bertindak. Senyum saja pensyarah mendengar jawapannya.

Peristiwa kedua ialah ketika ceramah saudara Naim, hadirin seorang yang menjawab soalannya (dan mendapat dua buku percuma tulisannya) betul-betul duduk di sebelahku. Soalan kedua saudara Naim cukup mudah berkaitan bahasa badan yang melambangkan autoriti, maka ditanya apakah yang bahasa badan Tun Mahathir yang menunjukan karismanya dan autoritinya dalam gambar yang ditunjukkan. Ada yang cuba menjawab namun kurang tepat. Ketika itu aku hanya memandang sahaja skrin di hadapan untuk membaca bahasa badan Tun Mahathir dalam satu pertemuannya dengan seorang pemimpin dalam acara rasmi dan jawapannya ialah pada bahunya. Masalahnya aku tak menjawab sekadar suara jawapan timbul dalam hati dan sekadar tepuk bahu sendiri (secara spontan) sehinggalah saudara sebelah nampak dan menjawabnya.

Jadi apa kaitannya dengannya dengan kisah merebut peluang dengan cerita kecilku? Mesejnya ialah gerakan diri untuk mengambil peluang dan robohkan rasa bimbang dalam diri dengan mengambil tindakan-tindakan kecil. Itulah motivasinya. Idea boleh disusun tetapi asasnya menguasai keberanian untuk bertindak adalah tuntutan awalnya. Tak mengapalah jika ia sekadar menjawab solana guru, pensyarah atau hendak bertanya soalan. Ia adalah cantuman ‘jigsaw’ untuk melangkah ke pengucapan awam.Inilah satu pengajaran motivasi yang baik yang berlaku dalam diriku sepanjang seminggu lalu.

www.motivasiminda.cjb.net

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: