Manusia makhluk asing?

Sembang-sembang pensyarah dalam kelasnya hari ini menimbulkan satu soalan yang diajukan kepada kami. Adakah kita makhluk asing di dunia ini? Terpinga-pinga kami mendengar soalan demikian. Namun maksud tersirat di sebalik soalan sebegitu sememangnya memberi kesan kepada kami untuk mengingatinya. Diajukan semula solan yang sama kepada beberapa pelajar yang lain, adakah manusia merupakan makhluk asing yang datang ke muka bumi ini. Ya dan tidak, itulah jawapan yang diberikan. Masing-masing mempunyai alasan tersendiri apabila menjawab ya dan tidak terhadap soalan tersebut.

Bagi mereka yang berkata ya, alasannya ialah kejadian manusia itu sendiri. Adam dan Hawa, pasangan manusia yang diciptakan Allah adalah penciptaan yang bukannya dari bumi. Sebaliknya kejadiannya di taman syurga sehinggalah ia diturunkan sebagai khalifah sebagaimana dikisahkan dalam Al Quran. Berbeza dengan penciptaan tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang bermula dari planet yang kini dihuni lebih kurang enam bilion manusia. Namun, isinya yang diambil sebagai bahan penciptaan manusia pertama tetap diambil dari bumi.

Bagaimanakah gambaran makhluk asing dalam dunia Hollywood hari ini? Gambaran terkini tentang karakteristik makhluk asing digambarkan oleh Spielberg dalam karyanya, War of the Worlds. Baikkah makhluk asing tersebut apabila tiba ke bumi melalui pancaran kilat ke muka bumi? Ia muncul dengan kecanggihan yang membingungkan manusia sehinggalah beberapa pancaran ditujukan kepada manusia. Kesannya manusia tersebut bertukar menjadi abu. Namunmakhluk asing tidak dapat menjajah dunia untuk jangka masa yang lama. Dalam jutaan tahun mereka meletakkan senjata-senjata canggih di bawah kerak bumi, apa yang berlaku mereka terlupa kewujudan mikrob-mikrob yang menjadikan mereka beku dan mati.

Tersiratnya itulah kritikan terhadap sikap manusia sebagai makhluk asing di bumi, menukarkan rahmat kepada bala. Sekecil-kecil kebaikan dalam kehidupan ditukar ganti dengan kerosakan untuk keuntungan yang sedikit. Pencemaran alam berpunca daripada sikap manusia untuk jadi kaya. Perpecahan keluarga kerana kebinasaan mengejar yang lebih muda dan kaya. Peperangan kerana sikap hendak berkuasa tanpa sesiapa berhak bersuara. Bukankah ini semua kemusnahan yang digambarkan melalui makhluk asing ala Hollywood yang mempunyai wajah buruk sebagai kisah kejahatan manusia dengan sikap perbuatannya? Formulanya, jahat manusia = jahat makhluk asing Hollywood

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: