Rakyat Amerika makin kurang musuhi Islam

Berita Harian Khamis 28 Ogos 2005
Rakyat Amerika makin kurang musuhi Islam

WASHINGTON: Satu tinjauan terbaru menunjukkan semakin kurang rakyat Amerika Syarikat (AS) berpendapat Islam lebih cenderung mencetuskan keganasan berbanding agama lain.

Tinjauan Pusat Penyelidikan Pew dan Forum Mengenai Agama dan Kehidupan Rakyat diadakan selepas insiden letupan di London itu menunjukkan hanya satu pertiga atau 36 peratus percaya Islam berperanan membangkitkan keganasan berbanding 44 peratus yang berpendapat demikian dalam tinjauan pada Julai, 2003.

“Ini mungkin menunjukkan pandangan negatif rakyat AS ke atas umat Islam yang ketara pada 2002 dan 2003 sudah mula berkurangan,” kata Andrew Kohut, Pengarah Pusat Penyelidikan Pew.

Kajian itu turut mendapati siri letupan di London baru-baru ini tidak meninggalkan kesan ketara ke atas orang ramai mengenai penduduk Muslim AS atau pun Islam sendiri.

Seramai 55 peratus mengakui yang mereka mempunyai pandangan positif terhadap warga Islam AS – angka sama dengan hasil tinjauan 2003.

Malah, katanya, mereka yang lebih mahir mengenai ajaran Islam mempunyai pandangan positif mengenai penduduk Muslim AS dan agama Islam. Hanya satu pertiga rakyat AS berkata mereka tahu serba sedikit atau mahir mengenai Islam.

Kira-kira 57 peratus lain mengakui mempunyai pandangan positif ke atas penduduk Kristian manakala tiga perempat menyokong Yahudi dan Katolik.

“Terbukti, semakin dalam pengetahuan mereka mengenai Islam, semakin kurang tanggapan kritikal mereka ke atas agama itu,” kata Kohut.

Empat daripada setiap 10 warga AS berkata mereka memandang Islam secara positif berbanding 36 peratus yang menganggap sebaliknya – angka yang tidak berubah sejak Mac 2002.

Kalangan kulit putih terutama mereka yang disifatkan sebagai berpegang kuat kepada ajaran agama masing-masing, adalah golongan yang paling berpandangan serong ke atas Islam.

Selain itu, hasil tinjauan berkenaan menunjukkan 60 peratus responden menganggap serangan ganas itu memaparkan konflik di kalangan kumpulan ekstremis yang kecil. Hanya satu perempat percaya konflik itu boleh mencetuskan krisis utama dunia.

Tinjauan pada 7-17 Julai lalu itu membabitkan 2,000 responden dewasa.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: