Beurger King Muslim diperkenal

Beurger King Muslim diperkenal
Berita Harian 4 Ogos 2005

PARIS: Industri makanan segera Perancis kini menyaksikan kehadiran ‘keluarga’ baru – BKM atau Beurger King Muslim yang selain menjadi saingan restoran Barat seperti McDonalds, Kentucky Fried Chicken (KFC) dan Quick, tetapi turut menjadi tarikan kepada masyarakat minoriti Muslim di negara itu.

Malah, pekerja wanitanya turut kemas mengenakan tudung, berbeza daripada larangan memakai hijab yang dikenakan ke atas semua sekolah awam Perancis.

Dengan penuh sopan, pekerja itu menyajikan burger – sesuatu yang tidak mungkin kelihatan di restoran saingan Quick atau pun McDonalds.

Biarpun makanan segera Muslim berlambak di Perancis seperti kebab, namun Beurger King Muslim sebaliknya adalah yang pertama wujud dengan persekitaran menyamai restoran Barat dan popular di kalangan muda mudi Paris. – AFP

Bukan saja makanannya unik, tetapi namanya itu dikatakan menyindir rangkaian restoran popular Amerika Syarikat (AS) dan perkataan ‘beur’ dalam bahasa Perancis adalah gelaran buat generasi kedua Afrika Utara yang tinggal di negara Menara Eiffel itu.

Restoran itu pertama dibuka setakat ini, beroperasi bulan lalu di Clichy-sous-Bois, bandar di pinggir Paris yang berpenduduk lebih 28,000 orang dengan 50 peratus daripada mereka berusia bawah 25 tahun.

Satu perempat anggota bagi setiap isi rumahnya pula menganggur, kata laman web bandar itu.

Seperti kebanyakan daerah didiami golongan pekerja di utara Paris, ia dihuni ramai golongan pendatang asing, termasuk generasi pertama dan kedua Muslim dari bekas negara jajahan Perancis.

Ciri itulah yang menarik pengusaha BKM membuka perniagaan mereka di situ.

Pengurus Projek, Mourad Benhamida berkata BKM turut membantu penduduk dengan mewujudkan 28 pekerjaan.

“Bagi pekerja tertentu, ia menamatkan pengangguran mereka sejak sekian lamanya. Restoran ini terbuka untuk semua, tetapi ditujukan khas buat penduduk Muslim yang tiada banyak pilihan selain ikan di restoran lain.”

Lokasinya juga agak strategik iaitu kira-kira 200 meter dari restoran McDonald’s dan 100 meter dari sekolah vokasional. Dengan papan tanda serba kuning, BKM amat mudah dilihat sesiapa saja.

Menunya termasuk ‘bakon halal’ atau burger daging halal dan bahan mentah itu dibeli daripada pengedar tempatan yang menepati proses penyembelihan ditetapkan mengikut Islam. Ia tidak menggunakan sebarang arak atau lemak asing. – AFP

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: