Bukan hentam semberono

Kita mudah seronok apabila mempelajari sesuatu yang baru. Itulah intipati dalam proses pembelajaran dan hidup. Misalnya membaca akhbar, kita bukan membaca sekadara beritanya sahaja, boleh jadi gaya susun atur teksnya dan gambar memberi keseronokan dan pengetahuan yang memberi nilai tambahan dalam minda.

Cubalah selak-selak akhbar dan majalah hari ini dan lihat mengapa satu-satu gambar dipilih menjadi gambar muka hadapan akhbar. Baru-baru ini ketika Pak Lah membuat lawatan ke Afrika, gambarnya membasuh tangan ketika sambutan air bersih dijadikan gambar muka hadapan.

Apa yang menarik tentang Pak Lah membasuh tangannya, setiap orang membasuh tangan sepertinya. Tetapi bagi seorang pereka kreatif, mereka tahu apakah yang dimaksudkan dengan basuhan tangan pemimpin.

Begitu juga apabila membaca berita dan rencana. Berapakah karakter (huruf dan ruang kosong) minima bagi kedua-dua jenis penulisan begitu? Mengapa demikian? Tidakkah boleh diubah? Kesemuanya ada alasan, bukannya hentam semberono, asalkan nampak cantik. Kelihatan cantik di atas kertas tidak memberi jaminan ia akan menarik perhatian orang untuk membeli dan membacanya. Jumlah karakter bagi setiap baris untuk berita dan rencana paling maksima ialah 70 manakala minima huruf ialah 6, ini untuk memudahkan pembacaan dan tidak meletihkan mata. Buka dan kiralah jumlah karakter yang anda temui dalam sebuah berita dan rencana.

Samalah juga mengapa ada berita dan rencana menggunakan ‘justify’ iaitu kiri dan kanan teksnya sama sahaja panjangnya dari baris satu hingga akhir, malah ada yang hanya sama di sebelah kirinya sahaja. Ia amat berkait rapat dengan jenis dan jumlah gambar yang hendak digunakan dan menimbulkan keseronokan membacanya. Jika anda membeli Kosmo, terbitan Utusan Melayu, buat perbandingan antara susun atur teks dari rencana yang berbeza,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: