Otak kiri Otak Kanan Mamak Restoran

Seawal jam tujuh pagi keluar ke kampus, masih ada satu jam lagi sebelum kelas bermula. Masakan tindak, dua hari lalu pensyarah membuat kejutannya sendiri dengan memanggil setiap pelajar membuat pembentangan tentang subjek psikologi personaliti, berkenaaan tentang gen D4DR, ‘Morningness & Evengningness’, neurotransmitter dan pelbagai perkara yang menyentuh tentang psikologi personaliti manusia. Apabila berada di dalam kelas ini, seolah-olah aku sedang menonton Motivasi Pagi TV3 dan mendengar Motivasi 5 Minit di Radio Nasional FM setiap jam 7.30 hari Isnin oleh Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah.

Berkesempatan melihat gelagat manusia di pagi hari. Kasihan seorang makcik, ditegurnya oleh mandur kerana kerjanya yang tidak memuaskan hati. Boleh jadi sepanjang pagi sehinggalah petang, makcik ini hilang minat untuk bekerja. Siapa suka, dalam keadaan berjerebu, matahari tidak kelihatan, kesejukan awal pagi, anda ditengking sehingga kedengaran dari hujung jalan. Semalam pun cerita yang sama juga, dalam kesibukan pelajar-pelajar di tengah-tengah kampus, mandur (mungkin yang sama) memberi arahan dengan gaya diktator tanpa mempedulikan air muka pekerjanya.

Seawal begini, belum ada orang yang pergi bersarapan, melainkan pekerja-pekerja. Aku singgah di gerai mamak, cadangnya dua keping roti canai dan secawan teh panas. Kalau bercerita tentang mamak, orang akan teringat tentang kas-kas, bahan yang dikatakan menimbulkan ketagihan untuk makan makanan masakannya. Namun, kas-kas hanya satu benda sahaja yang menjadi ramuan penyedap, tetapi ada satu lagi ramuan yang lebihhebar dari kas-kasnya:

Mamak : Abang, mahu apa? (walhal aku jauh lebih muda)
Aku: Roti canai dua…
Mamak: ‘banjir’ ya! (Dia sudah menjangkakan aku lebih suka kuah dal di’banjir’kan atas roti canai)
Datang dua orang pelanggannya, wanita dalam umur 40an.
Mamak: (Sambil tersenyum) Kakak, teh gelas besar, roti canai…
Kakak 1: Eh belum minta sudah tahu…
Mamak : Kakak pula, Nescafe dengan roti bungkus…
Kakak 2: Belum minta lagi…

Apa perasaannya apabila anda dikenali dan keinginan anda sudah dapat dibaca oleh pemilik restoran berkenaan? Sudah tentu anda akan lebih rasa dihargai dan percaya kewujudan anda sebagai pelanggan dan sebagai kawan. Masakan tidak, belum apa-apa lagi sudah disebutnya apa yang anda ingini. Boleh jadi anda tidak kisah jika hari itu, nescafe pesanan sedikit manis, kerana anda yakin dia akan membuat sesuatu yang terbaik setiap kali anda membeli sesuatu darinya. Jika diberi pilihan antara dua gerai, menyapa anda sebagai orang ‘luar’ dan ‘kawan’ mana satukah pilihan di hati?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: