Seni Mengajar

Mengajar itu satu seni, bilang seorang pendidik. Komennya bercerita tentang seni dalam mengajar cukup menarik perhatianku untuk menulis sesuatu mengenainya hari ini. Katanya hari ini para pengajar digalakan untuk membantu alat bantu mengajar sebagai cara untuk menarik perhatian pelajar. sama ada ia benar-benar berkesan untuk setiap pelajar adalah sesuatu yang memerlukan pembuktian.

Namun dalam kebanyakan keadaan ia memberi kemudahan dalam proses pendidikan. Bilang seorang pendidik, menarik atau menolak dalam proses mendidik pelajar pokok pangkalnya kembali kepada guru itu sendiri. Kita sebagai pelajar tahu siapakah pendidik yang bagus, sederhana dan kurang kualitinya. Cuba fikir-fikir, mungkin ada pengajar yang hanya duduk sahaja di mejanya, tanpa perlu bergerak, sekadar membuka mulutnya selama sejam dua puluh minit untuk mengajar.

Jika ada dua orang pengajar melakukan perkara yang sama, boleh jadi pengajar yang pertama lebih menarik berbanding yang kedua. Begitu juga jika ada pengajar yang menggunakan alat bantu mengajar seperti LCD, mungkin itu adalah tempoh untuk pelajar-pelajar melelapkan mata. Jadi apa yang menjadikan keberkesanan seseorang itu berbeza, kerana penguasaannya dalam seni mengajar.
Semalam, sahabatku menceritakan tentang pendekatan seorang pengajar dalam matapelajaran sejarah Islam di kelasnya.

Pendekatannya dalam mengajar cukup mudah, duduk di kerusinya dan bercerita. Setiap ceritanya cukup teliti, tidak ada lubang di sana sini, sehinggakan pelajar-pelajarnya seperti mendengar sebuah cerita dari orang tuanya. Bosan? Perkataan tersebut tidak terpacul dari mulut sahabat ini. Samalah juga dalam ceritaku, semalam aku meneruskan siri tontonan filem sejarah berkenaan Thomas Jefferson, Presiden Amerika Syarikat ke tiga selepas George Washington, Kebiasaanya beliau akan memulakan satu jam pengajaran dengan bercerita tentang kisah di sebalik filem itu, sehinggakan kadang kala menyimpang jauh. Banyak informasi menarik dalam butir bicaranya. Siapa sangka negara kedua yang mengiktiraf kewujudan Amerika Syarikat adalah negara Islam, Morocco selepas Perancis tanpa mengetahui di manakah Amerika. Siapa sangka Thomas Jefferson memiliki anak dari hamba abdinya, seorang kulit hitam dan pelbagai cerita menarik sebelum filem sebeanr dimainkan.

Semasa filem ditayangkan, kedengaran juga suaranya memberi penjelasan tentang apa yang berlaku dalam filiem tersebut, mengapa pakaiannya begitu, mengapa insiden itu tercetus, mengapa dialog tersebut diucapkan, bercerita tentang protokol dan watak-watak yang dilakonkan dengan perkaitannya melalui sejarah. Kesannya, aku lebih menghayati jalan cerita tersebut dan memberi lebih kefahaman dan keseronokan meskipun filem Jefferson in Paris bersarikata Srebenica dan 80% dalam bahasa Perancis.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: