Masing-masing kenalah ambil tahu

Sehari sebelum hujung minggu, aku dihubungi oleh abangku.
“Sibuk tidak?” tanyanya
“Kenapa?”
“Esok, minta tolong sikit di kedai.” ajaknya.

Abangku dan isterinya akan membuka perniagaan mereka yang pertama dalam minggu ini. Memang semangat hendak berniaga sudah lama kelihatan dari gaya mereka berbual, awal-awal ia seperti interaksi bersifat berkongsi impian dengan orang lain. Semakin diceritakannya semakin bersemangat mereka. Alhamdulillah, hasrat mereka tercapai.

Dalam sibuk-sibuk membantu, aku sempat mendengar cerita-cerita mereka tentang keusahawanan Melayu di Kuala Lumpur. Ketika itu kami sedang melintasi sebuah kedai menjual cermin mata di Gombak.

Kakak iparku lantas menudingkan jarinya ke kedai itu, “Di situlah kakak buat cermin mata. Dapat harga murah. Kakak sempatlah tanyakan untuk perniagaan seperti ini berapa keuntungan sebulan? Pekerjanya cakap, untung bersih majikannya sahaja RM30,000”

Amboi, besar benar nilai keuntungan tersebut kalau dibandingkan dengan kedai kecilnya. Tapi jika dicongak-congak, tidak mustahil kalau ada lebih dari satu kedai kecil seperti itu. Tambahan lagi, untuk sewa sebuah kedai yang besar sedikit dari yang dimilikinya di tempat yang sama mencecah RM10,000-RM15,000 sebulan. Untungnya tak mungkin kurang dari itu.

Minggu ini, perniagaan mereka akan dibuka. Menjual kain tudung, kain meter untuk baju kurung dan aksesori hiasan wanita. Berjiran dengan kedai pakaian dan pustak kecantikan sebelah menyebelah di tingkat dua sebuah kompleks membeli belah baru sekitar kawasan Medan Idaman. Malam itu, ada sahaja perkara-perkara kecil yang menjadi modal perang mulut antara mereka, lucu pun timbul dalam hati. Masakan tidak, panjang kain hendak digantung pun boleh menjadi isu panjang. Tapi sekadar perkara sekecil itu, kelihatan seperti hiburan buat mereka dalam melayan kekhusyukan mengatur ruang kedai. Mengapa aku berkata ia seperti hiburan? Mereka ‘berperang’ sebentar, tetapi cepat bersetuju.

Ada juga satu dua perkara baru dalam dunia bisnes berasaskan keperluan wanita yang aku pelajari malam itu. Hari ini, orang lelaki tidaklah boleh menjadikan alasan untuk tidak memahami dunia wanita. Maing-masing tidak boleh tolak menolak dengan alasan “Ini kerja orang lelaki…” atau “Ini kerja orang perempuan…” tetapi dua-dua kena ambil tahu… Termasuklah aku.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: