Belajar tentang orang mati.

Berkesempatan pulang ke Melaka sekadar bercuti sehari untuk menghadiri majlis kenduri arwah. Biasanya sahabat karib ayah yang akan mengetuai majlis. Di kampungku, masing-masing adalah sahabat satu sama lain sejak dari waktu datuk lagi. Biasalah kalau pulang ke kampung, bertembung dengan rakan-rakan ayah, pasti ada cerita-cerita lama yang dikongsikannya denganku yang seusia dan ada yang lebih muda dariku.

Sementara menunggu kehadiran jemputan, sempatlah bersembang-sembang dengan salah seorang saudaraku yang aku bahasakan sebagai ‘abang’. Ceritanya menarik, tentang zaman murid-murid degil di sekolah. Degil dengan guru, degil dengan keluarga dan degil dengan sistem pendidikan, akhirnya degil dengan masyarakat. Namun, dalam kedegilan itu masih ada peluang dalam melentur mereka menjadi manusia yang hebat. Sebab itulah hanya manusia-manusia hebat sahaja yang layakmenjadi guru, bukan kerana pilihan terakhir.

“Engkau bila habis belajar?” tanya Abang.
“Insya Allah tahun hadapan”
“Lambat pula engkau habis. Kakak engkau (merujuk kepada isterinya)masuk UKM sama tahun dengan engkau kan?”
“Memanglah, tapi sistem berbeza. Saya di UIA lima tahun setahun bahasa, empat tahun pengkhususan.” terangku. Isu lewat habis memang satu topik popular dibincangkan setiap kali aku bertembung dnegan saudara maraku. Isterinya menyambung pengajian peringkat ijazah dalam bidang sejarah melalui tiket perguruan.
“Merana kakak kau mengajar sekolah baru.” keluhnya sambil geleng-geleng kepala.
“Kenapa pula?” soal cungkil rahsia.
“Kakak engkau mengajar sejarah dijawabnya budak-budak, “Cikgu, buat apa kita belajar tentang orang mati. Kita cerita tentang orang hidup sudahlah!” Rasa nak tukar sekolah saja…” jawabnya.

Amboi, hebat murid-murid sekarang dengan pemikiran logiknya. Tetapi tidak kena pada gaya. Cabaran menjadi guru makin sukar, untuk memenangkan hati seorang murid setinggi pinggang guru semakin hari semakin banyak karenah yang terpaksa dihadapnya. Tetapi masih ramai lagi yang bersedia memikul amanah mendidik rakyat, moga-moga niat baik mereka didukung bersama dengan kerjasama ibu bapa dengan memulakan pendidikan sebenar yang berakar dari ruymah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: