Tahu atau tidak?

Masih terpinga-pinga. Kenduri doa arwah kalau tidak ada ramai yang membantu boleh jadi tidak tentu arah dibuatnya. Masakan tidak nak melayan tetamu, kenalah yang terbaik. Nabi sendiri berpesan agar tetamu diberi layanan kelas pertama selama tiga hari pertama kehadirannya.

Banyak manfaatnya jika ada orang bertandang. Dosa-dosa kita diampunkan. Dalam sibuk mengisi nasi ke dalam mangkuknya, air di dalam jag, kuah-kuah yang habis disantap, salah seorang saudara masih terpinga-pinga sehinggalah tamat kenduri. Nampak jelas diwajahnya setiap kali menyambut mangkuk-mangkuk nasi dan pinggan kuah dari dapur ke ruanmg tamu. Setelah selesai dipanggilnya aku.

“Ini Kenduri apa?”
“Ini Kenduri apa?” aku kembali tertanya-tanya. Tadi bukan main ligat menolong, tapi tak tahu kenduri apa yang dihadirinya.
“Kenduri arwah” jawabku, kasihan melihat kerut-kerut di wajahnya tanda orang keliru.
Dia berpaling memanggil nama isterinya. Lekas-lekas isterinya datang ke ruang tamu. Mungkin suaminya hendak pulang.
“Abang tanya sikit…”
“Tanya apa abang?”
“Ini kenduri apa?”
“Ini kenduri arwah,” jawab isteri yang kebingungan dengan soalan ganjil suaminya.
“Eh, bukan awak kata ini kenduri cukur jambulkah? Merata aku cari budak yang hendak dicukur jambulnya. Tak ada cukur tak ada bekas, keliru aku…”

Ketawa kami mendengarnya. hendak dicukur bagaimana, bayinya pun tidak ada. Apa yang ada cuma nama-nama mereka yang sentiasa hati kami sayang dan mendoakan kesejahteraannya. Butat manusia hebat bernama bapa, dan buat si comel, anak saudara.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: