Mahallah Ali & kemenangan 31 Ogos

Satu malam yang mengubah banyak perkara. Selepas satu persatu keputusan pertandingan diumumkan dihadapan melebihi 2000 hadirin yang menjayakan bersama sambutan kemerdekaan malam itu yang melibatkan kehadiran para pensyarah, wakil jabatan dan para pelajar yang membanjiri tangga besar kampus malam itu, kami dalam kegelisahan untuk menantikan keputusan pada malam itu bagi pertandingan menghiasi kolej. Terdapat 14 kolej yang menyertai pertandingan tersebut.
Sebagaimana disebutkan oleh pengacara majlis, pertandingan tahun ini menunjukan satu persaingan yang sengit. Dari tempat ketiga disebut sehinggalah kedua, kedua-duanya dimenangi oleh kolej perempuan. Kami semakin berdebar-debar. Dalam benak pemikiran kami, seolah-olah kemenangan sebagai satu pasukan akan disambut pada malam ini. Tambahan lagi, kami hadir dalam keadaan berbeza. Persamaan jelas kelihatan dari apa yang kami pamerkan secara fizikal, dengan pakaian rasmi MRC dan kemeja-T MALIC berwarna coklat bersama-sama 5 buah bendera Malaysia dan bendera kolej berlatar belakangkan logo dan warna biru yang disifatkan sebagai warna perpaduan dalam bendera Malaysia. Ia benar-benar menarik perhatian dan keganjilan apatah lagi apabila bendera ‘ganjil’ berkibaran di hadapan hadirin apabila ia bersama-sama muncul di pentas utama sehinggakan ada yang bertanya, “Bendera negara mana atas pentas itu?”
Jawapannya jelas terjawab dengan nama mahallah Ali disebut sebagai pemenang pertandingan mengibar Jalur Gemilang. Allah sahaja yang tahu betapa gembiranya kami setelah berhadapan dengan cabaran dan penilaian awal yang sering mengaitkan kolej lelaki sebagai kolej yang kurang kreatif dan tidak ada sentuhan kreativiti sebelum ini. Mungkin dengan satu-satunya kolej lelaki yang melakar sejarahnya di hadapan mereka hari ini akan mengubah perjalanan dan semangat warga Ali dan semangat kolej-kolej lain untuk sama-sama bergerak sebagai pasukan dan mencapai matlamat bersama. Betapa besarnya motivasi ramai manusia dan satu kepala yang kami perolehi malam ini. Salam kemerdekaan untuk semangat.
Tahun hadapan satu cabaran besar akan dihadapi bersama. Kemungkinan konsep kami akan ditiru oleh kolej-kolej lain dalam pertandingan akan datang. Semestinya apa yang mereka lihat dari kaca mata wakil-wakil mereka yang dijangka ‘menang’ akan membuahkan idea-idea baru akan memberi impak lebih besar kepada mereka. Namun sebagaimana kata Donald Trump ‘Apprentice’, “Jangan sekali-kali memandang rendah terhadap orang lain…” Itulah nasihat yang berguna kepada kami.
Jika ditanya apa jenis kemenangan yang kami miliki pada malam ini. Izinkan aku menyenaraikan satu persatu:
  1. Kemenangan bersama bermula dengan semangat bersengkang mata sehingga selepas solat Subuh untuk sama-sama memanjat bumbung dan tiang, mewarna pintu gerbang dan hiasan ala kenduri kahwin sepanjang seminggu.
  2. Kemenangan bersama timbul dengan kerjasama dan nilai semangat dan sahabat yang ditonjolkan oleh pengetua dan kakitangan kolej yang memberi semangat dan ruang untuk kami menonjolkan kreativiti melalui kebebasan dan bantuan alat-alat.
  3. Kemenangan bersama timbul apabila beberapa orang pelajar antarabangsa datang kepada kami dan berminta dengan usaha kami mendedahkan sejarah perjuangan dalam bahasa yang mereka fahami sehinggakan ada yang terasa tempias Merdeka dengan meminta bendera untuk digantungkan di hadapan bilik mereka.
  4. Kemenangan bersama timbul apabila malam itu, kami memakai pakaian rasmi bersama dan berjalan kaki antara ahli MRC dan staff ke tapak persembahan tanpa rasa janggal sebaliknya membawa semangat kekitaan yang tidak ditonjolkan oleh mana-mana mahallah.
  5. Azam kami ialah memberi label yang baik terhadap pengetua dan kakitangan serta ahli keluarga kolej Ali, apa yang kami lakukan pada malam itu ialah penjenamaan yang baik untuk mereka khususnya yang baru menakhodai kepimpinan Ali.
  6. Kemenangan bersama timbul sepanjang masa kami menyiapkan lanskap kemerdekaan dengan memberi jangkaan ‘tinggi’ bahawa kolej-kolej lain, khususnya kolej perempuan akan membawa sesuatu yang menarik dan jauh ke hadapan. Kami cuba memahami minda dan hati perempuan dalam setiap gerak kerja kami. Kerana kami memahami wanita mempunyai kreativiti yang tersendiri yang perlu dikagumi.





Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: