Tayangan Malam Merdeka 2005 pada 28 Ogos lalu sebenarnya salah satu program yang melalui satu proses perbincangan dan gerak kerj ayang paling singkat selepas program menghiasi kolej yang dilakuakn sepanjang beberapa malam lalu dalam dua minggu sebelum ini. Jawatankuasa Mahallah Ahli memilih untuk menyiarkan sebuah filem Korea Taegukgi, sebuah filem peperangan yang membawa fokus penceritaan tentang dua adik beradik yang terlibat dalam peperangan saudara melibatkan Korea Utara dan Korea Selatan. Syukur kepada Allah, program yang direncanakan sempat disusn dalam masa dua hari sebelum program. Kebanyakkan yang menonton tayangan malam itu mula memenuhi gelanggang lokasi apabila ia mula ditayangkan.
Advertisements
Tinggalkan Jawapan