Seminar Kaunseling : Jernih Jiwa Subur Bangsa [1]

Anggapan bahawa kaunseling hanyalah untuk “pesakit mental” telah lapuk dan tidak dapat diterima oleh masyarakat. Satu alasan yang tidak meyakinkan tetapi masih ada stigma yang dikaitkan dengan kaunseling.
Ramai individu dan keluarga mula mendapatkan bantuan profesional dalam menangani trauma kehidupan dalam dunia yang penuh pergolakan. Dalam dunia yang penuh cabaran dan peluang, kaunseling dapat dijadikan pilihan terbaik untuk individu, pasangan, dan keluarga yang mengharapkan peningkatan dalaman dan kesejahteraan hidup.
Dengan tema, “Jernih Jiwa, Subur Bangsa: Kaunseling untuk individu di rumah dan di tempat kerja menurut perspektif Islam ke arah kesejahteraan bangsa. Pusat Psikologi Gunaan, Jabatan Psikologi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) akan menganjurkan Seminar Kebangsaan Psikologi Gunaan pada 3 dan 4 September 2005.
Seminar yang akan diadakan di Pusat Aktiviti dan Kebudayaan (CAC) UIAM bertujuan untuk memberi pendedahan dan pendekatan terkini teknik-teknik kaunseling terkini untuk semua lapisan masyarakat, keluarga, tenaga-tenaga kaunselor, kakitangan kerajaan dan swasta dalam pelbagai sektor meliputi organisasi perkhidmatan awam, pendidikan dan perindustrian di Malaysia.
Seminar ini adalah satu usaha bagi mempertingkatkan dan mengetengahkan kaunseling dari perspektif Islam. Usaha ini merupakan sebahagian daripada sumbangan kepada ummah sebagai alternatif terkini dalam meningkatkan kualiti jiwa individu dalam ruang hidup yang dilalui.
Seminar ini dirancang untuk menjadi acara tahunan bagi ahli psikologi Islam dari seluruh dunia bagi menghasilkan pendekatan Islam yang praktikal sebagai penyelesaian menyeluruh bagi jiwa yang kosong. Matlamat ke arah jiwa yang sihat, dan kemajuan serta perkembangan bangsa adalah agenda utama yang dirancanakan sebagai hasil melalui pendedahan praktikal kaunseling secara Islam dalam seminar ini.
Amalan, cabaran dan pengalaman kaunselor-kaunselor dalam kaunseling akan diketengahkan sepanjang seminar ini. Tokoh-tokoh terkenal dan berwibawa yang akan membentangkan kertas kerja ialah Dr. Uthman El-Muhammady dan Profesor Dr. Malik Badri. Demonstrasi kaunseling berkelompok dan teknik kaunseling serta tayangan video turut diadakan kepada peserta-peserta bengkel.




Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: