Berhadapan Betacam RTM

“Awak kendalikan Warta Asia,” kata seorang kakitangan bertugas yang merupakan penulis skrip di RTM.
Aku meneliti setiap patah perkataan yang tertera dalam dua helai kertas biru yang dihulurkan kepadaku. Ia berkenaan laporan pilihanraya dan pembentukan kabinet di Bangladesh. Pada awalnya agak sukar juga untuk aku membacanya. Mujurlah Ade Mahmud, sahabatku datang membantu. Dia mempunyai pengalamannya yang tersendiri ketika melakukan praktikal di stesyen televisyen Metro TV, Indonesia.
“Engkau baca berita seperti orang baca sajak sahaja. Ada turun naik sahaja. Harus senada,” katanya.
Cuba sekali lagi di hadapan ‘guru’, masih berhadapan dengan keadaan yang sama. Pada masa yang sama aku lihat beberapa orang lain telah memulakan ujibakat berita mereka. Berhadapan kamera Betacam RTM dan difokuskan cahaya ke wajah dan mikrofon kecil di dada, keadaan harus bersahaja.
Aku sempat melihat gaya pembacaan mereka. Sambil melihat sempat aku bertanya dengan kakitangan yang bertugas. Salah seorang yang aku kenali merupakan penerbit rancangan RTM. Beliaulah yang membantu aku dengan idea dan tunjuk ajarnya bagaimana mengacara sebuah program kerana selepas itu merupakan giliran dengan seorang sahabat baru, Raja Asraf Nasrul.
“Wajah dan suara yang yakin dan tenang adalah pencarian kami, skrip sekadar panduan asas sahaja. Tidak perlu ikut seratus peratus” katanya.
Semasa menunggu aku melihat beberapa rakan sekelas yang lain, mereka adalah sebahagian daripada kumpulan ‘senyap’ dalam kelas yang sering aku perhatikan. Sukar hendak mendengar suara mereka. Kalau disoal pensyarah belum tentu hendak menjawabnya kembali. Berbeza pula topeng yang dipakai mereka hari ini. Masing-masing hendak mengambil peluang dalam sesi ujibakat. Sebagaimana ujibakat DJ Impian yang aku sertai dan ceritakan dalam blog ini dahulu, fokusnya masih sama iaitu mencari ruang-ruang pekerjaan. Populariti bukan perkara utama dalam minda mereka.
Aku dan Asraf bercadang membuat liputan tentang dua isu, berkenaan penyakit mental dan perkahwinan lewat usia. Agak kekok dan gementar berada dalam keadaan demikian buat kali pertama. Tambahan lagi berada di bawah terik matahari tengah hari menambahkan lagi keadaan tidak selesa. Masing-masing diberi empat minit dan saling bertukar peranan, sebagai pengacara dan orang yang ditemubual.
Pesan kakitangan yang bertugas, “Meskipun di bawah matahari, jangan kerutkan muka buat seolah-olah seperti biasa sahaja. Satu perkara lagi kalau lebih dari empat minit, cepat-cepat habiskan laporan. Biasanya kami akan buat ‘bising’.”
“Kita bersiaran secara langsung dari Universiti Islam Antarabangsa untuk Selamat Pagi Malaysia…”aku memulakannya sehinggalah kakiangan tersebut memberikan isyarat untuk aku mengakhiri ‘temubual’ itu.
Aku berjumpa dengan Riduan, bercerita tentang keadaan yang sengaja aku pilih untuk lalui sekadar merasakan pengalaman baru. Riduan sempat berkongsi sesuatu denganku, “Biasanya di skrin akan ada tujuh lapisan yang akan menapis setiap parut dan jerawat muka pembaca berita. Itu yang buat wajah mereka cantik. Belum campur solekan studio dan cahaya lagi.”
Suasana semakin gamat dengan para pelajar yang datang melawat gerai-gerai pameran BERNAMA, JASA, BIRO PENERANGAN dan RTM. Sebelum ini mereka pernah mengadakan aktiviti yang sama di UKM, bilang seorang sahabat sehari sebelum itu. Program sehari di kampus tamat sekitar jam empat petang. Esok bangunan Kuliyyah Kemanusiaan akan kembali tenang seperti biasa.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: