Kemahiran Berinteraksi Dengan Remaja.

Kemahiran Berinteraksi Dengan Remaja.

Kemahiran Berinteraksi Dengan Remaja merupakan slot pertama yang dikendalikan oleh puan Salmi Jalina Jalil, kaunselor Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPK). Dalam slot ini peserta seminar didedahkan dengan maklumat-maklumat asas berkenaan remaja yang perlu diketahui seawalnya sebelum terus kepada pendekatan-pendekatan penting untuk berkomunikasi dengan golongan ini.

Definisi berkenaan siapakah itu remaja menjadi permulaan pembentangan apabila ia dimaksudkan sebagai satu frasa transisi dari zaman kanak-kanak ke alam dewasa. Menurutnya, peringkat perkembangan remaja melalui tiga fasa berbeza iaitu peringkat awal remaja antara 10 hingga 13 tahun. Kemudian ia diikuti peringkat pertengan remaja dalam lingkungan umur 14 hingga 7 tahun dan peringkat akhir remaja bermula dari 17 hingga 21 tahun.

Perkembangan remaja mengikut peringkat-peringkat ini mempunyai perbezaan dari sudut tindakan dalam kitar hidup mereka. Pada peringkat awal remaja, dominasi keluarga adalah ketara dan mula berubah apabila meningkat kepada fasa pertengahan yang memperlihatkan sedikit sikap penentangan kecil dan kehendak untuk berdikari dan kecenderungan terhadap jantina berbeza. Konsep hidup dan kematangan diri adalah antara ciri yang terdapat terhadap diri remaja apabila melalui fasa akhirnya.

Tiga isu utama yang perlu disedari oleh ibu-bapa apabila berhadapan dengan perubahan anak remaja meliputi isu penyesuaian diri terhadap ahli keluarga dan individu-individu lain serta terhadap diri, isu hubungan dan isu kecelaruan diri. Bagi berhadapan dengan isu-isu ini, ibu bapa mempunyai pendekatan dan caranya yang tersendiri untuk mengatasinya. Sebahagian ibu bapa mengamalkan pendekatan autokratik yang lebih kepada kawalan penuh ibu bapa, pesimif dengan memberi kebebasan serta kecenderungan yang lebih terhadap anak dan demokratik, iaitu pendekatan yang menggabungkan dua pendekatan awal tersebut.

Aktiviti-aktiviti bersama anak remaja adalah aktiviti yang perlu dirancang dalam menggalakan saluran positif ke dalam perkembangan hidup mereka. Kenakalan adalah faktor yang perlu difahami disebalik pilihan untuk bertindak sedemikian.

Ia meliputi empat perkara utama iaitu mengingini perhatian, sebagai mencabar kuasa ibu bapa, disebabkan keyakinan diri yang rendah dan keinginan membalas dendam. Keempat-empat perkara ini mempunyai strategi berbeza untuk mengendurkannya dan memerlukan ibu bapa memainkan peranan yang besar.

Emosi anak adalah perkara utama yang dibincangkan dalam sesi ini. Memahami emosi anak memerlukan pendekatan interpersonal yang menguntungkan dari sudut keakraban kekeluargaan. Membiasakan diri dengan menggunakan bahasa cinta untuk anak-anak adalah pendekaan emosi yang digalakan. Lima bahasa cinta tersebut ialah kata yang meyakinkan, masa berkualiti, memberi hadiah, berbakti dan sentuhan fizikal.

Catatan bergambar penulis dari Seminar Kaunseling Kekeluargaan, Pendekatan Efektif Dalam Membimbing Remaja, 24 September 2005.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: