Laporan sesi keempat. Kemahiran Perlindungan Diri dan Demonstrasi.

Laporan sesi keempat. Kemahiran Perlindungan Diri dan Demonstrasi.
Slot ketiga bermula dua jam lewat dari waktu yang dirancangkan disebabkan masalah luar jangka yang tidak dapat dielakan oleh ahli panel, tuan Kamal Affendi Hashim dari Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia.
Keseluruhan, slot ini adalah slot yang cukup memberi kesan kepada peserta seminar dan memberi impak kepada mereka dari sudut penjagaan keselamatan apabila berada di luar. Menurut Kamal, dua indeks atau jenis jenayah yang berlaku terhadap manusia adalah jenayah terhadap tubuh dan harta.
Terdapat beberapa kanun keseksaan yang diperkenalkan bagi mengawal jenayah dari terus berleluasa, ia meliputi,
· Akta 354 Kanun Keseksaan yang melibatkan jenayah cabul antara lelaki-perempuan, perempuan-lelaki, perempuan-perempuan dan lelaki-lelaki. Cabul melibatkan sentuhan fizikal.
· Akta Rogol 375, hukuman di bawah akta 376 yang hanya melindungi wanita sahaja. Dalam kes di Malaysia terdapat dua kes ganjil yang melibatkan rogol terhadap lelaki iaitu kes rogol lima wanita terhadap seorang lelaki dan pada tahun 1993, tiga wanita merogol seorang lelaki di Kuantan, Pahang.
· Akta 377, ia melibatkan jenayah seks lelaki dengan lelaki, haiwan, seks oral dan kanak-kanak di bawah 17 tahun.
· Akta 509, ia melibatkan penjara tiga tahun atas jenayah mengaibkan wanita melalui lisan tanpa sentuhan seperti cabul atau rogol.
Kecenderungan seseorang menjadi penjenayah apabila tidak memikirkan keperluan sosial, agama dan moral. Perbezaan antara orang awam dan penjenayah ialah rintangan ilmu yang menjadi lapisan kedua dalam pemikirannya sebelum bertindak. Perkara kedua ialah dari sudut komited terhadap idea. Penjenayah lebih komited dalam melakukannya tanpa perlu teragak-agak untuk bertindak.
Terdapat tiga perkara bagaimana seseorang menjadi mangsa.
· Mangsa keadaan luar jangka.
Mangsa bertembung dengan keadaan meskipun sudah mengambil langkah keselamatan yang sesuai.
· Mangsa yang dipilih.
Pilihan berdasarkan persamaan yang diketahui penjenayah dengan profil orang yang dikenali dahulu. ‘Resemblance’ wajah pasangan yang meninggalkannya dari sudut pakaian dan fizikal sebagai contoh dalam kes rogol atau bunuh. Selain itu tindakan wanita yang diganggu mencemuh dan mengaibkan penjenayah di khayalak juga adalah salah satu faktornya. Sebagai tindak balas, perogol sengaja membiarkan mayat mangsa di tempat terbuka dalam keadaan yang mengaibkan. Ia adalah keseronokan bagi penjenayah. Bagi mangsa rogol yang selamat dan berjaya melarikan diri, adalah penting orang menemuinya segera membalut tubuh mangsa dengan kain tebal kerana ketika itu mangsa sedang mengalami tekanan suhu badan yang sangat rendah dari paras normal (hyperemia)
· Mangsa dalam keadaan merelakan.
67 peratus mangsa di Malaysia berada dalam kategori ini. Mereka sengaja mendedahkan diri kepada bahaya tanpa cuba mengambil langkah-langkah keselamatan. Sebagai contoh mengundang keseronokan nafsu penjenayah dengan pakaian yang mengghairahkan.
Jenayah melibatkan pengunaan dadah juga perkara yang ditekankan dalam slot ini. Menurut beliau dadah menukarkan profil penagih dari sudut karakternya. Dadah membantu dalam mewujudkan ilusi dan kesannya berbeza terhadap individu yang berbeza.
Penggunaan dadah misalnya jenis ICE juga disebabkan faktor sekeliling seperti keperluan pelajar untuk berjaga dan aktif sepanjang malam untuk menelaah. ICE berperanan mengaktifkan otak dan tidakmudah tidur, tetapi kesan jangka panjangnya ialah sakit pada bahagian tulang tunjang (spinal cord).
Dadah yang digunakan untuk tujuan merangsang keghairahan seks serta dikategorikan sebagai dadah yang digunakan oleh perogol adalah dadah yang paling mudah didapati hatta di kawasan niaga di luar masjid pada harga murah. Berbentuk cairan, lima titik yang dicampurkan dalam minuman menjadikan mangsa mudah ghairah dan memerlukan hubungan kelamin dalam tempoh enam jam. Dadah ini diproses daripada sejenis kumbang. Dadah ini (Canteride) memberi kompilasi terhadap limpa dan jantung jika digunakan melebihi dos.
Lima kategori perogol yang setakat ini dikenal pasti di Malaysia adalah seperti berikut. Menurut jangkaannya, perogol kelas satu akan timbul 15 tahun lagi di Malaysia.
· Kelas Lima : Merogol sahaja.
· Kelas Empat : Rogol dan seksa.
· Kelas Tiga : Rogol, seksa dan bunuh.
· Kelas Dua : Rogol, seksa, bunuh dan sebahagian tubuh disimpan.
· Kelas Satu : Rogol, seksa, bunuh, sebahagian tubuh disimpan dan bakar.
Mangsa cubaan rogol boleh menggunakan pendekatan cecair, pepejal dan gas tubuh sebagai cara melawan perogol. Jeritan, gigitan dan cakaran juga membantu dan elakan terlalu panik, Serangan bahagian sensitif seperti penis, leher, dan tulang rusuk turut membantu. Selain itu menepuk kedua-dua belak telinga perogol dengan tapak tangan akan mencederakan gegendangnya. Pecahkan profil pergol yang melihat mangsanya sebagai sempurna dalam bentuk kata-kata seperti carutan misalnya.
Kecenderungan kanak-kanak melakukan jenayah disebabkan inginkan perhatian, kasih sayang, inginkan rumah kedua untuk mereka dan memberontak kerana sikap ibu bapa menjadikan mereka seperti halimunan di rumah.
Apabila orang bisu berhadapan dengan jenayah digalakan untuk membawa wisel dan meniupkannya apabila berada dalam keadaan bahaya. Dalam kes jenayah ragut, jenis beg tangan yang dibawa juga memberi impak kepada diri. Dalam slaid yang ditunjukan, seorang mangsa berbangsa Cina mengalami kecederaan di muka apabila diseret setelah cuba mengambil beg tangan yang diragut oleh peragut bermotosikal (Lihat gambar slaid P99710).
Terdapat beberapa tip yang penting dalam berhadapan dengan situasi ini.
· Risiko kecederaan dan kematian lebih rendah apabila mangsa menggunakan beg tangan bertali panjang berbanding bertali pendek.
· Elakan kecederaan dengan melepaskan beg tangan apabila diragut. Kelajuan 45 km/sejam diperlukan bagi memutuskan tali beg tangan apabila diseret dengan mangsa sekali. Pada kelajuan ini akan mengakibat kematian sebagaimana slaid P99710. Semakin mahal, maka semakin berkualiti tali beg yang dijahit dan ia memerlukan kelajuan 260 km/sejam untuk memutuskannya.
· Gantung beg tangan pada bahu yang bertentangan dengan jalanraya, bukan bersebelahan. Peragut juga melihat gaya jalan mangsa untuk memilih mereka yang berpotensi untuk diragut.
· Elakan dipakai secara bersilang, ragutan akan mengakibatkan tekanan pada arteri seberat lima kilogram yang boleh mengakibatkan pengsan.
Catatan bergambar penulis dari Seminar Kaunseling Kekeluargaan, Pendekatan Efektif Dalam Membimbing Remaja, 24 September 2005

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: