Pemimpin Negara dan suami

Petikan Utusan Malaysia 10 Oktober 2005
Rencana

BISIK-BISIK — AWANG SELAMAT
Sejak Datin Seri Endon menjalani rawatan di Amerika Syarikat, Awang sering tertanya-tanya bagaimana Abdullah Ahmad Badawi menangani hidup sebagai suami dan sebagai Perdana Menteri.

Mentadbir negara bukan kerja mudah. Bila ada anggota keluarga mengalami masalah kesihatan yang memerlukan perhatian berterusan, tentulah ia satu dugaan besar bagi sesiapa juga.

Beban dugaan ini bertambah berat bagi Abdullah yang tidak dapat bersama ketika isterinya menjalani rawatan bagi tempoh yang lama di luar negara.

Kita semua melalui pengalaman seperti ini, pada tahap yang berbeza. Maka tidak sukar memahami apa yang sedang dilalui oleh Perdana Menteri.

Kata pepatah, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Bagi membantu pemulihan beliau, pasukan doktor pakar yang merawat Endon menasihatkan Abdullah meluangkan banyak masa berkualiti bersama isterinya.

Inilah yang perlu beliau lakukan. Rakyat memahami tanggungjawab seorang suami walaupun suami itu seorang Perdana Menteri.

Awang – Kagumi kekuatan Abdullah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: