9/11 punca peluk Islam

Berita Harian
Dunia
11 Oktober 2005

9/11 punca peluk Islam

THE HAGUE: Hasil pembacaan mengenai Islam yang hebat diperkatakan berikutan serangan 11 September mendorong seorang wanita Belanda memeluk agama suci itu dan mengumumkan keputusannya itu secara langsung melalui radio.

Meranda Houtenbos meminta juruhebah radio Nio yang berorientasikan Islam mengumumkan secara terbuka keputusannya itu dengan bermulanya Ramadan di Belanda.

Wanita berusia 26 tahun itu dijemput ke program berkenaan untuk menyatakan pendapat mengenai Islam dan umatnya sebagai reaksi kepada laporan negatif media dan kempen kumpulan berhaluan kanan berhubung agama itu.

Dibesarkan sebagai penganut Katolik, Houtenbos, berkata dia mula membaca mengenai Islam selepas agama itu menjadi tumpuan dunia berikutan serangan ke atas Amerika Syarikat pada 11 September 2001.

“Saya lebih suka membaca untuk mendapatkan gambaran sebenar berbanding mendengar apa yang dicanangkan media. Rakan-rakan Islam saya menjadikan tugas itu lebih mudah dan memberikan buku tulisan ulama terkemuka untuk dibaca,” katanya dalam temu bual secara spontan.

Radio Nio mula ke udara pada 4 September lalu sebagai perkhidmatan istimewa kepada penduduk Islam Belanda dan mensasarkan untuk membetulkan pandangan salah mengenai umat Islam.

Dia turut menyentuh mengenai perselisihan faham dengan keluarganya berhubung keputusan memeluk Islam dan bagaimana mereka mencuba sedaya upaya untuk meyakinkan dia supaya menarik balik keputusan itu.

“Memang saya rasa terasing daripada keluarga dan ibu bapa saya tidak mahu menerima kenyataan ini,” katanya.

Rami Sukraman, seorang imam yang turut hadir ketika temu bual, berkata semakin ramai rakyat Belanda daripada pelbagai latar belakang menjadikan Islam sebagai pegangan hidup.

“Saintis, doktor, penuntut dan guru memeluk Islam baru-baru ini. Sekurang-kurangnya seorang rakyat Belanda memeluk Islam di masjid saya,” katanya.

Sukraman turut menggesa mualaf menganggap semua kesukaran sebagai satu ujian dan mengekalkan hubungan rapat dengan keluarga masing-masing tidak kira bagaimana buruknya layanan mereka. – Agensi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: