Burqa dan fesyen Barat.

Burqa dan fesyen Barat.

Pertama kali aku mendengar perkataan ‘burqa’ apabila berita serangan Amerika Syarikat ke atas Afganistan meletus dan menggearkan dunia media antarabangsa. Seperti biasa, logik batu Washington akan mengatakan Afganistan melindungi Osama Laden dan pemerintahan militan Taliban perlu dihentikan kerana menindas rakyat khususnya wanita. Bukan sedikit wanita yang terpengaruh dengan cerita-certa ini.

Selepas peristiwa 9/11, keadaan seperti berada di luar kawalan. Sehingga ke hari ini, cerita perang Afghanistan masih belum selesai. Bezanya, ceritanya telah disenyapkan dalam media antarabangsa, khususnya berita ‘pengambil-alihan’ Taliban di beberapa tempat yang pernah dikatakan sebagai kawasan kawalan Amerika.

Berbalik dengan cerita burqa. Burqa merupakan pakaian tradisi wanita Afghanistan yang menutup seluruh tubuh kecuali mata. Ada yang berwarna hitam dan biru. Pakaian yang menyelubungi wanita-wanita tempatan ini dikatakan paksaan dan tekanan atas mereka. Tetapi hari ini kisahnya sudah terbalik.

Burqa yang menjadi medium cerita ganjil hari ini sudah kelihatan di negara, ‘white-eye’ (gelaran puak Red-Indian, Apachee’ terhadap orang putih). Ia sudah menjadi satu yang menakjubkan di mata mereka dan kerana permintaan yang tinggi terhadap burqa di Amerika, ia mencecah harga sebanyak US$89 di California.

Malah aku berkesempatan menonton pita video rakaman pensyarahku, Kopanski yang menemubual seorang wanita Poland yang menetap di Texas dan berkahwin dengan seorang penduduk tempatan dengan lengkap berpakaian burqa. Jenis pakaian sedemikian dan beberapa jenis purdah lain senang unruk dilihat di masjid-masjid dan pusta komuniti Islam di sana berbanding di Malaysia.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: