Islamkan Barat maka Islamlah dunia

Islamkan Barat maka Islamlah dunia

Bunyinya agak pelik apabila kita mengetengahkan teori, pengislaman dunia bermula dengan pengislaman Barat. Benarkah begitu? Tetapi jika kita cuba membandingkan kekaguman masyarakat hari ini terhadap Barat, mungkin teori ini boleh diguna pakai.

Dunia hari ini melalui satu proses pembaratan yang terancang sejak zaman kolonial lagi. Anda diminta memakai pakaian Barat, bertutur dalam bahasanya, memakan makanannya dan berfikir seperti mereka agar anda layak dikelompokan sebagai golongan bertamadun. Mereka tidak kisah mengambil gambar dengan lengkap berpakaian Barat sehingga perlu dikancing butang ke pangkal leher di bawah kepanasan 30 darjah Tanah Melayu asalkan ia mempamerkan budaya mereka.

Amerika dan Britain mempunyai perspektif yang berbeza tentang budaya. Britai sangat bangga dan memberi ruang untuk budaya lain hidup dan memberi warna di kota London sehingga digelar Londonistan. Anda boleh melihat lelaki Sikh dengan serbannya, pakaian sari dipakai oleh wanita-wanita India di bandar dan macam-macam warna lagi.

Tetapi di Amerika, mereka suka meniru bukat-bulat dan mudah merasa takjub dengan budaya orang lain dan menjadikannya budaya tempelannya. Menindik hidung adalah budaya kaum India, ia mula ditiru dan dikembangkan dalam keadaan yang lebih dahsyat lagi dengan menindik di lidah, kening, telinga dan perut sehinggalah ke bahagian-bahagian sensitif. Kemudian acuan diambil rakyat tempatan untuk menirunya.

“Kamu harus memberi sedikit desakan kepada mereka untuk memahami dan mempelajari budaya kita.” saran seorang pendidik. Beliau berkongsi kisah bagaimana ketakjuban orang Barat terhadap Timur mendorong mereka untuk belajar mempraktikan apa yang berkaitan. Di salah satu lapangan terbang di Amerika, ada yang menyapa wanita berhijab dengan ‘Assalamualaikum’ meskipun yang menyapanya bukanlah individu Muslim.

Kembali kepada teori Islamkan Barat maka Islamlah dunia. Sifat terikut-ikut masyarakat dunia hari ini sentiasa menjadikan Barat sebagai sesuatu yang agung. Maka hilanglah motivasi masyarakat yang bangga dengan warna keunikannya sendiri sehingga menjadikan orang lain terlalu hebat dan diri terlalu kecil. Kita perlu belajar dengan puak Red Indian bagaimana mereka membawa budaya mereka kekal meskipun sudah menjadi minoriti dalam negara miliknya sendiri.

Andai Islamnya dunia Barat, maka orang akan mula menjadikan Barat sebagai ikut-ikutan mereka. Mungkin ia kelihatan sangat idealis, tetapi bukankah lebih baik memberi mereka yang terbaik datangnya dari sisi kita berbanding menyuruh mereka memberi kita sesuatu yang pelik?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: