Marah isteri bakar rumah mertua

Dalam Negeri
Petikan Berita Utusan Malaysia 12 Oktober 2005
Marah isteri bakar rumah mertua

Oleh RAJMAH HASAN

KUALA TERENGGANU 11 Okt. – Gara-gara marahkan isteri kerana enggan mengikutnya pulang, seorang lelaki membakar rumah keluarga mertuanya di Kampung Padang Kemunting, Batu Rakit, dekat sini semalam.

Sebelum kejadian pukul 12.30 tengah hari, lelaki berusia 21 tahun dan berasal dari Kemaman itu dikatakan pergi ke rumah mertuanya kerana hendak menjemput isterinya yang mengandung lapan bulan pulang.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Supritendan Saiful Azly Kamaruddin berkata, lelaki itu dikatakan `naik angin’ setelah isterinya yang berusia 18 tahun itu enggan mengikutnya pulang ke Kemaman.

Kerugian

“Lelaki tersebut membaling batu dan buah kelapa ke dalam rumah sebelum bertindak menyimbah minyak ke langsir dan menyalakan api.

“Ekoran perbuatan suspek, api yang marak menyambar 85 peratus rumah kayu itu kecuali bahagian dapur batu) dan kerugian dianggarkan lebih RM60,000,” katanya di sini, hari ini.

Menurut Saiful Azly, semasa kejadian, kedua-dua mertua suspek yang masing-masing berusia 57 dan 52 tahun berada dalam rumah berkenaan.

“Mertua dan isteri suspek berjaya menyelamatkan diri dan tiada kemalangan jiwa berlaku,” ujarnya.

Beliau berkata, kejadian dimaklumkan kepada Balai Polis Batu Rakit kira-kira pukul 1.35 petang semalam oleh seorang lelaki berusia 57 tahun yang juga merupakan bapa mertua suspek.

“Polis sedang mengesan lelaki terbabit bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan ke atasnya mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: