Melabur tanpa rugi

Melabur tanpa rugi
Petikan Utusan Malaysia 14 Oktober 2005

Jika anda berhasrat untuk melabur atau telah pun melabur dan anda berpendapat anda tidak mahu rugi dalam pelaburan anda, teruskan membaca artikel ini.

“Berapakah jumlah wang dan kerugian yang mampu saya tanggung?”

Sebenarnya, produk pelaburan yang berbeza mempunyai tahap risiko yang berbeza. Hakikatnya mudah sahaja – lebih tinggi potensi ganjaran yang ditawarkan oleh sesuatu produk pelaburan, maka lebih tinggilah pula risikonya. Sebaliknya, jika risiko bagi sesuatu produk pelaburan itu rendah, maka ganjarannya juga rendah.

“Tetapi, bolehkah saya melabur tanpa mengalami sebarang kerugian?

Jawapannya mudah – TIDAK Boleh. Ini kerana, apa pun yang anda lakukan dengan wang anda, anda tetap terdedah kepada risiko. Jika anda melaburkan wang dalam sesuatu produk pelaburan pula, anda berhadapan dengan pelbagai risiko pelaburan yang berkaitan dengan produk tersebut.

MENANGANI RISIKO PELABURAN

Sebagai pelabur, anda tidak boleh menghapuskan terus risiko.Langkah pertama ialah menentukan berapa banyak risiko yang anda mampu hadapi. Membuat keputusan pelaburan berpandukan pelaburan yang telah dibuat oleh rakan-rakan atau saudara-mara bukanlah cara yang baik untuk menguruskan risiko.

Satu cara lagi untuk menangani risiko ialah melalui teknik “pempelbagaian” atau diversification. Ia bermaksud anda tidak seharusnya melaburkan semua wang anda dalam satu produk pelaburan sahaja. Anda perlu mempelbagaikan pilihan produk-produk pelaburan anda.

Pempelbagaian bertujuan untuk mencampurkan pelaburan yang berisiko tinggi dengan pelaburan yang berisiko rendah.

Setiap orang mempunyai ketahanan yang berbeza terhadap risiko. Sesetengah pelabur tahan menghadapi risiko pelaburan yang tinggi, manakala sebahagian yang lain tidak mempunyai ketahanan yang sama.

Siapakah anda?
a) Saya dalam pertengahan umur dan hampir bersara
b) Saya masih muda dan perjalanan hidup saya masih jauh

Berapa banyak wang simpanan yang anda ada?
a) Pendapatan saya hanya cuma cukup untuk membayar bil dan tinggal sedikit baki untuk disimpan
b) Saya mempunyai sejumlah wang yang agak banyak untuk disimpan setiap bulan

Apakah komitmen kewangan yang anda ada?
a) Saya mempunyai senarai komitmen yang panjang
b) Saya tidak mempunyai banyak komitmen

Berapa lama anda boleh membiarkan sesuatu pelaburan?
a) Saya boleh menunggu asalkan pelaburan itu memberikan keuntungan yang baik dan berterusan
b) Saya mahu mendapat keuntungan secepat mungkin

Apakah yang anda harapkan apabila anda berhenti melabur?
a) Saya mahu sekurang-kurangnya jumlah yang sama yang telah saya laburkan
b) Saya mahu keuntungan sebanyak mana yang boleh

Jika kebanyakan jawapan anda ialah A, pelaburan yang berisiko tinggi mungkin tidak sesuai untuk anda.

Jika kebanyakan jawapan anda ialah B, anda mungkin boleh menghadapi pelaburan yang berisiko tinggi.

Bagi mendapatkan maklumat intensif mengenai risiko dan “pempelbagaian”, layari laman web Pelabur Malaysia, Pusat Perkembangan Industri Sekuriti (SIDC) di http://www.min.com.my.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: