Hari sunyi

Semalam adalah hari yang sunyi untuk semua rakyat Malaysia. Dalam bulan Ramadan ini, kita sudah kehilangan dua tokoh dalam sejarah kepimpinan dan perkembangan sukan negara, Datuk Sidek dan Datin Seri Endon Mahmud. Ada yang bertanya mengapa kita mudah terkesan dengan kehilangan mereka berbanding puluhan ribu mangsa di Pakistan, aku hanya boleh mengatakan faktor geografi yang sangat dekat dan pendedahan terhadap mereka ini sudah lama kita ikuti menjadi diri kita lebih dekat dengan diri mereka. Itu tidak bermakna kita tidak bersedih dan bersimpati dengan mereka yangs edang menghadapi ujian yang hebat dari Tuhan.
Kata pensyarahku, Prof Dr Fazal Rahim Khan seawal pagi Ramadan ketika di akhir kelas Communication Research Method selepas diam yang panjang, “Jangan kita menjadi Muslim hanya wujud pada label sahaja. Hari ini kawasan bergunung di Pakistan sudah menjadi tanah rata. Mereka menangis tetapi kita tidak merasa kerana sering ketawa.”
Ketawa dalam tafsirannya bukanlah dalam keadaan ketawa yang sebenar. Ia bermakna ketawa yang bermaksud kelekaan dan kesenangan yang membuat kita mudah terlupa untuk bersikap empati dan simpati dengan orang lain. Kita adalah Muslim kekenyangan yang lupa tentang kelaparan. Begitulah ketawa dalam definisinya yang mampu aku fahami. Pensyarahku cuba membawa ceritanya lebih jauh dalam konteks yang lebih mudah. Cukuplah dengan menjadikan sikap pelajar yang lewat ke kelas menjadi contoh.
“Bulan Ramadan, bulan kita berjuang dan bulan untuk tidur. Masih ada yang sering tidak serius dengan diri mereka sendiri, datang lewat ke kelas dan tidak ambil peduli dengan pelajaran. Kenapa? Sebab kita sudah biasa dengan kesenangan,’ kata-katanya seakan mengejutkan aku dari tidur. Ada waktunya aku tergolong dalam kelompok lewat tetapi tidak terfikir kesannya terhadap label Muslimku cukup besar sekali. Ia adalah identiti yang aku kena jaga dan bajai dengan baik.
Kopanski menyebut, “Bulan Ramadan bulan memperbaiki identiti diri. Umat Islam harus memperbaiki diri mereka dan berusaha mewujudkan daulah Islamiyah dan Khalifah dalam generasi mereka. Tidak ada istilah peperangan terakhir dalam dunia kecuali istilah peperangan terakhir ‘dalam’ generasi itu sahaja. Orang berkata Perang Dunia kedua adalah peperangan terakhir, hakikatnya tidak.”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: