Mengislamkan puak Harley.

Kumpulan penunggang Harley Davidson di Amerika Syarikat merupakan kumpulan yang digambarkan sebagai satu puak yang terasing dalam masyarakatnya sendiri. Mereka wujud atas dasar anti kapitalisme yang mementingkan budaya korporat, hartanah, gaya hidup berstatus yang menjadikan masyarakatnya saling berkejar-kejaran untuk menunjukan siapa yang lebih bayak wang dan lebih tinggi status hidup mereka. Kemunculan kumpulan penunggang ini sama seperti timbulnya kumpulan Hippies yang sentiasa melaungkan moto ‘Peace No War’

Tetapi di Amerika, baik kumpulan Harley mahupun Hippies mengalami serangan-serangan terbuka dari dalam dan luar. Mereka dilihat sebagai anti sosial, kaum Barbar, ganas, penagih dan perompak dari kaca mata Hollywood. Meskipun ada yang berlaku sedemikian, tetapi ia digambarkan seratus peratus berkeadaan sedemikian.

Menyertai kumpulan Harley bukanlah semurah yang disangka. Motosikalnya sahaja mencecah puluhan sehingga ratusan ribu ringgit. Mereka memilih motosikal Harlay kerana rekabentuk besinya yang menonjol yang mempamerkan kelakian mereka. Dengan mengikat bandana di kepala, sebilah pisau dan jambang, mereka akan berkonvoi dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Ada waktunya mereka digelar sebagai glongan ‘enviromentalist’ iaitu mereka yang memelihara dan mencintai alam. Kehidupan mereka mementingkan kekuatan fizikal. Jika berlaku perselisihan, pistol bukanlah penyelesaian meskipun ia mudah didapati. Badan yang dicomoti minyak gris adalah perkara biasa untuk mereka.

Kebanyakan mereka turut datang dari keluarga kapitalis yang kaya raya yang sudah tidak mementingkan keluarga. Gaya kehidupan kumpulan Harley meniru cara hidup dan gaya berpakaian puak Red Indian dengan menjadikan jaket kulit, alas tempat duduk dari kulit haiwan dan bulu sebagai perhiasan motosikal masing-masing.

Mereka mempunyai tempat berkumpulnya sendiri. Ia pernah mencecah ratusan ribu apabila berkumpul. Pernah satu kumpulan dakwah menghampiri kumpulan ini ketika hari perhimpunan mereka setiap tahun. Di tempat inilah, segala perkara haram menjadi halal. Kumpulan dakwah ini diketuai oleh pensyarahku yang menjalankan misi ini bersama rakan-rakannya, dengan menyewa motosikal Harley.

Perkara biasa menjadi sindiran di kalangan mereka. Itu dilihat ringan oleh kumpulan pendakwah berjubah dan berserban ini yang terdiri daripada wajah Barat dan Arab di kalangan mereka bertiga. Tetapi keganjilan mereka memudahkan mereka didekati dan dijadikan medium perbualan. Hidayah Allah masuk ke dalam hati seorang dua daripada mereka. Sehingga kini ada beberapa daripada mereka kembali kepada Islam. Salah seorangnya berkahwin dengan dua orang wanita Filipina. Apabila kumpulan pendakwah menemui mereka yang bergelar Muslim, ada yang menunjukan tatu yang penuh di tangan mereka dan berkata, “Inilah kesan kejahilanku. Jika tidak kerana ia mencacatkan kulit, sudah lama aku membuangnya.” Namun kegemaran mereka terhadap Harley Davidson masih sama.

Ketika kumpulan pendakwah ini ingin meninggalkan kawasan tersebut, mereka terdengar suara wanita memanggilnya.

“Hey are you Mosleem!”

Mereka berpaling. Seorang wanita tanpa seurat benang sedang memanggil mereka dari belakang. Wajahnya kelihatan sugul dan benar-benar meminta pertolongan. Seorang dua pendakwah menundukan wajah mereka dari melihat susuk tubuh gadis tersebut.

“I don’t know who you are. But please let me out from this hell. If you think that i’m will be in the hell after this, let me tell you i’ve been there 15 years ago…” katanya dengan solekan yang semakin luntur dek kerana air mata. Tempat itulah nerakanya sejak 15 tahun yang sentiasa menginginkan tubuhnya.

Para pendakwah saling berpandangan. Segera salah seorang daripada mereka menghampirinya dan membalutnya dengan kain tebal yang dibawa bersama dalam ekspidisi mereka. Apa yang terjadi dengan wanita ini? Kini dia berkahwin dengan seorang warganegara Afghanistan, menetap di sana, menutupi tubuhnya dengan Burqa dan lebih penting lagi ialah kata-katanya, “Apa yang ada hari ini lebih menggembirakanku.”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: