Apa pandangan saudara?

Suhaidah dan Amy, sibuk menelaah subjek Photojournalism di meja sebelah
Zalmimazura dan Zuraini, ketika temubual
Jam sepuluh, telefon bimbitku berbunyi. Sengaja aku biarkan lama sedikit agar lagunya cukup satu rangkap didendangkan. Kedengaran suara wanita di hujung talian.
“Minta tolong boleh?” pinta sahabatku, Zuraini.

Sangkanya aku sedang sibuk menelaah pelajaran. Sebaliknya aku berada di bilik seorang rakan, menghantar kad Aidilfitri.
“Begini, sahabat aku di Karangkraf sedang membuat tinjauan berkenaan muzik dan Islam, jadi aku hendak minta tolong engkau berikan pandangan. Esok boleh berjumpa, sekejap sahaja,” pujuknya.

Karangkraf bukanlah satu syarikat penerbitan majalah, buku dan akhbar yang asing buatku. Aku belum pernah menjejakan kaki ke sana, tetapi beberapa siri penerbitannnya menjadi ruang untuk aku menulis dan mencari rezeki dalam survival di universiti. Ditemubual bagi tujuan tinjauan umum satu perkara baru buatku. Sudah pasti aku hendak melalui pengalaman sedemikian.

Jam 9.30 pagi aku dipertemukan dengan wartawannya, Zalmimazura Zahari dari majalah I bagi tujuan tersebut. Beliau merupakan rakan Zuraini ketika beliau melakukan praktikal di sebuah syarikat majalah di Gombak sebelum ini. Gadis dari Ketereh, bekas pelajar UITM dalam bidang penerbitan ini agak jelas dalam pendekatannya.

Kelipan lampu kamera menyilaukan mata ketika proses temubual berlaku. Tetapi, aku agak senang dengan pendekatan profesional Zalmimazura yang bukan sahaja bertindak seperti wartawan, secara langsung sebagai sahabat. Tidaklah kekok sangat. Banyak perkara yang aku kongsikan berdasarkan apa yang aku rasa perlu diberitahu berkenaan perkembangan muzik Islam khusunya di Malaysia.

Temuramah sebegini banyak faedahnya secara peribadi. Ia mengasah pemikiran kita untuk bertindak balas terhadap apa yang diajukan, membina sedikit keyakinan diri, memberi dorongan imaginasi dan mencipta ruang perkenalan baru.

Aku sendiri banyak belajar daripadanya berkenaan dunia kewartawanan. Sahabat baru ini adalah guru baru dalam diari hidupku. Penting untuk menjalani persahabatan dengan orang baru. Budayakan memberi kad alamat sebagaimana dalam dunia bisnes, ia akan memanjangkan nilai satu pertemuan jika betul caranya. Dia menceritakan pengalamannya ketika menjadi wartawan di sebuah syarikat penerbitan majalah lain sebelum beralih arah ke Karangkraf.

“Dahulu, saya pernah diragut ketika dalam perjalanan untuk wawancara,” jelasnya.
“Benarkah” ceritanya mengingatkan aku kepada Kamal Affendi, penganalisis jenayah yang pernah berkongsi cerita yang sama.

“Ketika itu aku diragut oleh dua orang pemuda yang menaiki motosikal dengan berbaju dan bertopi kaledar berwarna hitam tanpa nombor plat. Sedihnya, orang ramai di sekeliling buat tidak tahu sahaja. Makcik yang berniaga di tepi jalan berkelakuan seolah-olah tidak ada apa-apa yang terjadi. Lebih teruk lagi, ketika sahabat saya menahan sebuah kenderaan untuk dihantar ke balai polis terdekat, katanya dia tidak melalui jalan itu,” ceritanya.

Aku merenung memikirkan sikap individualistik masyarakat yang tidak mempedulikan nasib malang orang lain. Bukanlah bermaksud menolong sehingga terpaksa bersusah payah, jika setiap daripada kita ada kesedaran untuk memberi sumbangan kecil, penjenayah dapat ditangkap dan mangsa boleh dibantu segera. Inikah pemikiran kelas pertama kita?

Lebih teruk lagi apabila dia pulang ke pejabatnya, reaksi majikannya, “Bagaimana dengan kamera saya?” cerita akhirnya kamera tersebut diganti dengan potongan gaji sehingga RM900 dan kecederaannya tidak dipedulikan.

Benar kata puan Ainon, ada penerbit yang menubuhkan syarikat bertujuan demi perjuangan bangsa. Mereka sanggup bergolok-gadai demi meningkatkan reputasi syarikat agar lebih kompetitif dan lebih menyumbang kepada masyarakat. Puan Ainon menyebut, “Kita tidak akan kalah kerana perjuangan kita keranaNya.”

Jika penerbitan kecil, mereka lebih menginginkan keuntungan berganda sehingga sanggup membayar gaji yang tidak sampai seribu dua kali. Bayangkan bagaimana hendak menyara hidup kalau gaji separuh di awal bulan dan separuh lagi hujung bulan tanpa sebab. Sakit pening pekerja tidak dipedulikan, dipecat sesuka hati dan memilih kekaitang kerana faktor peribadi bukan kerana kemampuannya. Semua ini adalah penyakit yang membantutkan perkembangan sebuah syarikat dan membunuh hormat orang lain terhadap perjuangan yang dihidupkannya.

Melalui Zalmimazura, aku belajar banyak perkara yang mengagumkan dalam dunia Karangkraf. Sebuah organisasi yang besar amat teliti terhadap apa yang berlaku dalam organisasinya, semuanya harus dicatat. Ini bagi mementingkan kualiti dan perjalanan mereka.

Tokoh pemikirnya, Abd Jalil Ali adalah seorang yang optimis terhadap apa yang dilakukannya. Persaingan dalam bisnes adalah keseronokan baginya selagi mana ia dibentuk dalam acuan yang betul. Pendiamnya Abd Jalil Ali, sebenarnya lebih kuat suaranya dalam dunia penulisan yang banyak memotivasikan minda.

Amalan Karangkraf dalam budaya musyawarah setiap kali isu baru hendak ditentukan dalam penerbitan bulannya penting kerana ia membantu dalam pengagihan tugas, penyusunan matlamat dan kelancaran tugas melibatkan wartwan, editor dan grafik serta seterusnya sehinggalah isu tersebut dicetak.

1 Komen »

  1. zalisa said

    menariknya cerita ini. bagaimana akak boleh tak perasan sebelum ni?

RSS feed for comments on this post · TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: