Chef topi panjang dan azan Maghrib

Si kecil yang nakal, anak buahku Abby
Si kecil yang nakal seorang lagi, anak buahku Adik Meja nombor 59, berbuka di hujung dewan
Persembahan ghazal dan lagu tradisional
Mereka yang hadir dalam majlis berbuka puasa
“Perlukah saya pergi?” soalku

“Kenapa?” tanya abangku

“Ada kerja sedikitlah,” alasanku ringkas.

“Sekejap sahaja. Ada majlis berbuka puasa di De Palma, pergi sekejap sahajalah,” ajak abangku di ganggang telefon. Bersungguh benar.

Aku mengiyakan sahaja. Kalau penyakit malas sudah menjalar satu badan, orang hendak belanja berbuka puasa pun hendak ditolaknya. Tetapi, peluang bukanlah selalu datang. Jadi ambilah peluang pergi.

Jam enam, menunggu di stesyen LRT Setiawangsa, sehinggalah abangku datang menjemput bersama isteri dan dua orang anaknya.

Sibuk juga keadaan di sana. Ramai yang mengambil peluang berbuka puasa sama bersama rakan-rakan atau ahli keluarga. Beratur panjang untuk mengambil makanan dan minuman yang disediakan secara buffet.

Bukan keluarga Melayu Islam sahaja, yang bukan beragama Islam turut hadir mengambil peluang. Jadi, masing-masing punya pilihan ikut selera. Sementara menunggu, persembahan ghazal dari kumpulan yang dijemput sedang mendendangkan dua tiga lagu tradisional.

Dub! Dub! Dub!

“Allahu Akbar, Allahu Akbar…”

Aku berpaling ke arah pentas apabila mendengar bunyi seakan-akan beduk yang dipalu oleh salah seorang pemain ghazal tadi. Kemudian datanglah seorang chef dengan lengkap berpakaian putih dan topi panjangnya mengumandangkan azan di tengah-tengah pentas. Kalau selalunya kita melihat muazzin melaungkan azan dengan jubah, atau berbaju Melayu dan berkain pelikat, hari ini aku melihat tukang masak yang mengambil peranan demikian, di atas pentas. Keadaan yang kelam kabut tadi beransur-ansur tenang.

Menarik sekali pendekatan yang diambil oleh pengurusan De Palma dalam memeriahkan Ramadan. Meskipun sebelum ini kedengaran buffet Ramadan mencecah sehingga RM100 sekepala, tetapi di sini harganya jauh lebih murah. Tetapi jika dibuat setiap hari makan di sini, boleh jatuh miskin dibuatnya.

Anak-anak buahku yang paling berseronok dalam suasana ini. Mereka gemar dengan suasana yang sibuk dengan orang ramai. Mungkin ini cara mereka mempelajari keadaan dengan memerhatikan gerak geri orang lain. Di sini, tarawih juga dilakukan dengan diimamkan oleh seorang kakitang hotel di bilik surau tingkat tiga.

Benar, ada waktunya kita perlu memberi ruang untuk diri bersama keluarga. Majlis berbuka puasa, bagi sesiapa yang dapat melihat peluang yang ada akan cuba menjadikannya sebagai waku berkualiti bersama.

Mungkin satu perkara baru untuk anda lihat setiap hari, seperti chef bertopi panjang dengan laugan merdu azan Maghribnya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: