seputih kertas putih

Selama dua minggu ini aku berulang alik dengan pengangkutan awam. Pagi menaiki bas, kemudian diikuti monorail dan malamnya pula menaiki Transit Aliran Ringan (LRT). Lucu dan hairan melihat gelagat orang ramai di bandaraya ini. Selalu benar mereka akan terkejar-kejar keluar dari monorail, bas atau LRT seperti akan ketinggalan sesuatu.

Dalam minda, kita selalu mengagak kita ‘sempat’ dalam segala hal, tetapi perkara yang paling penting untuk berada pada masa dan tempat yang betul ialah pengurusan masa. Jika ketinggalan beberapa saat atau minit dari monorail yang sepatutnya dinaiki, tidak perlulah sampai terkejar-kejar, potong memotong di tangga keluar atau tolak menolak dengan orang lain. Keadaan ini merimaskan aku.

Tetapi hari ini ada sesuatu yang menarik berlaku dalam gerabak LRT. Seorang wanita yang aku jangka seorang India Muslim khusyuk membelek sebuah buku kecil yang tidak seteba mana. Aku sangat mengenali buku tersebut kerana itu adalah salah satu buku yang terbaik yang pernah aku baca ketika zaman sekolah menengah.

Ia adalah karya Ahmed Deedat, seorang ulama dalam bidang perbandingan agama yang sering merendahkan dirinya dengan gelaran ‘orang biasa’ dan ‘pelajar’ setiap kali dijemput menyampaikan ceramah atau debat.

Apa yang membuat aku tertarik melihat buku yang dipegang oleh gadis ini ialah balutan kertas putih yang sengaja dibuat untuk melindungi tajuknya yang bersifat provokatif. Menyedari aku turut ‘membaca’ sama buku yang dipegangnya, diregangnya buku itu antara dua muka untuk berkongsi.

Dia menimbulkan kekagumanku padanya. Masih mengisi ruang waktu untuk membaca sesutau yang bukan dalam kategori cerita-cerita cinta dan khayalan, tetapi sesutau yang memerlukan penaakulan minda yang cukup kemas dan teliti dalam perbandingan agama.Tidak dipedulikan orang ramai yang melihatnya.

Ada waktunya kita harus tahu bagaimana membaca sesuatu yang dianggap provokatif dan sensitif dengan pendekatan paling lembut, selembut kertas putih yang membalut buku Ahmed Deedat di gerabak LRT.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: