Temuduga satu, temuduga dua

Kelas sudah bermula sejak Isnin lalu. Maka tugasanku di Ansar Channel berubah jadualnya dari sepenuh masa kepada Jumaat sehingga Ahad sahaja. Aku kini dalam fasa terakhir dunia siswa. Kata orang, dunia siswa dunia yang menyeronokan dan penuh warna. Aku bersetuju dengan pandangan itu. Rugi jika tidak menggunakan sepenuh peluang sebagai seorang siswa untuk menjelajahi dunia barunya.

Jadual tidaklah sesibuk dahulu sehingga enam subjek. Walau bagaimanapun, empat subjek terakhir ini tidaklah memberikanku sepenuh masa senggang yang aku inginkan. Kelas malam sehingga jam 10 masih perlu di hadiri setiap minggu. Tugasan yang mencecah ratusan halaman untuk salah satu subjek pasti akan menggiigit setiap saat yang diberikan.

Semalam, sempat menemani sahabat dari Pulau Pinang yang datang ke Kuala Lumpur untuk ditemuduga. Sebuah syarikat yang mengendali pengedaran makanan (food & beverage singkatannya F&B) di Plaza Pekeliling menghubunginya sebanyak empat kali untuk datang bagi tujuan ini. Pada mulanya dia enggan, tetapi akhirnya akur juga.

“Apa yang disoalnya?” tanyaku selepas temuduga yang berakhir sekitar jam 5.00 petang.
“Tadi sekadar ‘screening’ sahaja,” jawabnya.

Screening adalah peringkat di mana orang yang ditemuduga dipanggil dan diminta untuk memperkenalkan diri, menunjukan dokumen-dokumen yang diperlukan dan diajukan soalan-soalan ringkas terhadapnya sebelum ke peringkat temuduga seterusnya.

“Apa yang disoalnya dalam screening tadi?” sahabatku Hizzam yang membawa kenderaan dalam keadaan lalu lintas yang teruk bertanya.

“Dia lihat kelayakan aku dalam sijil-sijil. Kemudian dia bertanya tentang kelayakan aku meminta jawatan bahagian latihan pengurusan pentadbiran kerana ijazah aku bukan dalam bidang tersebut. Pengurus tadi kelihatan sedikit keliru kerana ijazah aku dalam bidang perbandingan agama…” ceritanya.

Bagaimana dengan anda? Apa yang akan anda jawab kerana apa yang dimohon berbeza dengan kelayakan. Ketika inilah minda kreatif perlu djana untuk menghasilkan idea-ide amengagumkan si penemuduga, atau anda perlu pulang dengan tangan kosong.

Jawabnya, “Organisasi tuan melibatkan para pelanggan F&B pelbagai kaum dan agama. Dalam mengendalikan urusan seperti ini, sensitiviti terhadap perbezaan ini sangat penting dalam urusan perniagaan ini. Saya merasakan tanpa kepekaan dan pengetahuan terhadap perkara-perkara ini akan menyukarkan organisasi untuk berurusan.”

Kagum kami mendengar penjelasannya terhadap soalan yang dikemukakan oleh pengurus muda berbangsa cina di pejabat tadi. Minda logik dan kepekaaan terhadap isu semasa sangat penting jika diajukan dengan soalan-soalan sebegini. Jika tidak, sukar hendak mencari titik relevan antara apa yang anda buat dan apa yang diperlukan. Jadi, kenalah selalu menjanakan minda dengan kerap.

Tidak sampai setengah jam dia keluar dari pejabat tersebut, dia menerima satu panggilan.
“Encik Mohamad diminta menghadirkan diri ke pejabat kami antara jam 9 hingga 6 petang untuk temuduga kedua…”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: