Taaruf










Yang jauh didekatkan yang dekat dimesrakan. Itulah ungkapan yang paling sesuai untuk menggambarkan suasana penuh kemesraan dan persaudaraan sepanjang program taaruf (Ma’aruf) kolej kediaman Ali Ibn Abi Talib, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada awal Disember lalu.
Program yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Perwakilan Mahallah Ali (MRC) mempunyai keistimewaan tersendiri, iaitu menemukan para pelajar dengan saudara-saudara seagama dari pelbagai negara yang datang ke Malaysia untuk melanjutkan pengajian.
Menurut pengarah program Ma’aruf, Wan Muhammad Haeqal Wan Husin, “Agenda Ma’aruf bukan sahaja mengalu-alukan kehadiran mereka di sini, tetapi fokus kami ialah memberi satu ruang untuk mereka mempelajari dan memahami budaya serta cara hidup masyarakat Islam di negara-negara naungan OIC dalam proses mereka membentuk jalinan persahabatan baru.
Tambah beliau lagi, Ma’aruf dirancang sebagai satu program tahunan juga membuka peluang untuk para pelajar bukan beragama Islam yang bakal mendiami kolej kediaman ini untuk mendapatkan perspektif yang sebenar tentang pengamalan Islam di kalangan mereka.
Dalam ucapan pembukaan oleh pengetua kolej, Ustaz Fauzi Muda, “Amat penting untuk para pelajar dalam dan luar negara mengambil peluang ini untuk saling berinteraksi dan pada masa yang sama mempamerkan keunikan kolej ini melalui kerjasama dalam pelbagai program yang dianjurkan.
Program sehari ini melibatkan beberapa aktiviti berkumpulan ini turut mendapat sambutan yang baik di kalangan pelajar yang kebanyakkannya datang daripada Arab Saudi, Jordan, Bosnia Herzegovina, Indonesia dan Thailand.
Mujahid, 19 dari Thailand menyifatkan Ma’aruf merupakan satu program yang sedikit sebanyak memberi keselesaan kepada beliau melalui yang baru pertama kali berada di Malaysia. Tambah beliau lagi, program seperti ini harus dianjurkan agar perbezaan yang dibawa oleh mereka dari negara masing-masing dapat difahami dan diserasikan untuk hubungan persaudaraan Muslim yang lebih erat. Pada masa yang sama mendedahkanmereka kepada peraturan dan disiplin yang tertakluk di bawah kolej.
Kolej kediaman Ali adalah kolej ke lima di UIAM yang siap dibina pada tahun 1997 dan merupakan salah satu kolej yang teraktif dengan program pelajar dalam usaha menggalakan penglibatan dan integrasi pelajar tempatan dan antarabangsa melibatkan aktiviti kebudayaan, intelektual, sukan dan kembara.
Para peserta program diraikan melalui majlis makan malam dan penyerahan hadiah penghargaan kepada mereka yang melibatkan diri secara aktif sepanjang sesi tersebut.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: