Dua teksi dua cerita

Dalam sehari sepanjang Ahad lalu, aku dan Saiful Hizzam menghabiskan petang Ahad kami dengan pergi membeli belah barang-barang keperluan sebelum semester dibuka. Cuaca panas terik cukup tidak memberi keselesaan langsung kepada kami. Tambahan lagi, kelewatan pengangkutan awam membuat kami tidak keruan sepanjang waktu menunggu di pondok bas.

Kami bernasib baik kerana sebuah teksi berhenti betul-betul di hadapan kami menurunkan penumpang sebelumnya.

“Hentian LRT Putra,” pinta kami.

Pemandu teksi adalah antara individu-individu yang saya labelkan sebagai ‘komuniti bergerak’ iaitu apa sahaja isu dan cerita, mereka antara orang penting yang akan mengulas dan menyampaikannya kepada penumpang-penumpang. Meskipun ulasan mereka tidak dapat disandarkan dengan pangkat atau kedudukan, tetapi ia banyakmempengaruhi kefahaman dan pengaruh seseorang terhadap isu tersebut.

Selepas dua minit mendiamkan diri, pemandu teksi bersuara, “Mereka pecahkan lagi bonggol di pintu masuk?”

“Mungkin tidak praktikal meletakan bonggol di hadapan pintu masuk kampus. Bukan satu, dua sekali.” balas Saiful Hizzam.

“Sekarang hendak diratakan pula. Biasalah kalau hendak projek, mereka ‘cari’ kerja. Ada projek adalah kerja…” dalam maksud kata-katanya.

Saiful lebih mudah memahami apa yang disampaikannya kerana ayahnya sendiri datang dari latar belakang tersebut. Beliau mengangguk-angguk dan rancak bercerita di hadapan. Aku mendiamkan diri dan mendengar sesuatu yang baru dalam cerita mereka.
“Pakcik dahulu terlibat dengan sektor pembinaan, biasalah kalau jenis yang tidak amanah, mereka pandai. Kawasan yang tidak ada penduduk ramai didirikannya deretan kedai makan sampai dua puluh gerai sehinggakan ada yang kosong.”

“Kenapa pula pakcik?” dalam benak fikiranku menyangkakan ia memang satu keuntungan untuk orang ramai.

Sambung pemandu teksi itu, “Mereka yang dapat tender kerajaan bina medan selera atau seumpamanya akan buat anggaran lebih dan kaut keuntungan lebih. Biar lot gerai berlebih asal duit masuk. Dia bukan peduli sama ada membazir atau tidak.Bukan wang dia keluarkan, kerajaan…”

Malamnya, kami bercadang untuk pulang dengan teksi juga dari Wangsa Maju kerana sarat dengan barang-barang.

“Ada beli ikan?” soal pemandu teksi.

“Tidak…”
Selang beberapa minit, dia bertanya lagi, “Berapa ramai pelajar di UIA?”

“Lebih kurang 10,000.”

Apa yang terjadi selepas itu? Dalam mata melihat jalan, tangan memegang stereng, mulutnya bercerita tentang politik dunia dan perkembangan Islam serta cabaran-cabarannya. Tidak lupa juga, saranan-saranan untuk memanjangkan umur kesejahteraan Malaysia melalui idea-idea pertanian dan dagangannya. Katanya, itulah yang disampaikan kepada Pak Lah meskipun tidak mendapat balasan. Yakin benar dengan idea-ideanya telah didengari oleh pembuat keputusan.

Dalam sehari, dua teksi dan dua cerita berbeza yang kami dengari. Malangnya orang yang sekadar menaikinya, menghulurkan wang dan berlalu pergi jika tidak mengambil peluang mengorek satu-dua ilmu dan pandangan tidak kira sama ada anda percaya atau sebaliknya. Tetapi percaya satu benda, rasa yakin mereka dengan pandangan dan suara hati membuat kita sedar mereka tidaklah ‘sebawah’ mana sebagaimana sangkaan orang lain. Motivasi minda, dunia sumber motivasi diri…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: