Gambar baru gambar lama

Aku masih di pejabat menyiapkan beberapa tugasan sekitar jam 6 petang. Ketika itu hanya kami bertiga di dalam department. Sedang masing-masing sibuk melakukan tugasan, sempat juga kami saling bercerita tentang budaya orang Barat dalam pengurusan korporat mereka.

“Salah satu budaya korporat Barat yang sangat menarik ialah menulis dan mengambil gambar,” aku membuka cerita.

Tanya abang Yon, “Bagaimana?” tangannya yang sedang ligat menaip di papan kekunic komputer riba terhenti.

Sambungku, “Setiap kakitangan dari serendah-rendah jawatan sehinggalah yang setinggi-tinggi kedudukan digalakan menulis apa sahaja. Menulis untuk meluahkan perasaan atas kertas, mencatat diari, menyimpan catatan-catatan idea mereka dan merekod peristiwa peribadi mereka. Kemudian semuanya disusun semula dan diarkibkan dalam simpanan mereka sendiri.”

“Selepas merekla berkembang menjadi organisasi besar. Bahan-bahan inilah yang ditulis semula dan dibukukan kemudian dipasarkan ke pasaran antarabangsa. Lihatlah buku The Art of Deal oleh Donald Trump dan buku perjalanan korporat seperti ORACLE. Semua itu tidak terjadi dalam sehari. Semuanya adalah catatan perjalanan dari kecil sehingga besar dan menjadi rujukan.”

Laci dibuka dan abang Jeff mengambil sekeping dua gambar.

“Ini satu rakaman perjalanan sejarah baru”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: