Dedah maklumat elak peperangan

Dedah maklumat elak peperangan’
Laporan Berita Harian 15-17 Disember 2005
Forum Keamanan Sejagar

KUALA LUMPUR: Setiap warga dunia yang mempunyai sebarang maklumat yang mampu mengelak atau menghentikan peperangan wajar tampil mendedahkannya bagi menyelamatkan nyawa mereka yang tidak berdosa akibat dasar luar kuasa besar.

Aktivis antiperang dari Amerika, Daniel Ellsberg, yang terbabit dalam pentadbiran Presiden Richard Nixon ketika Amerika melancarkan perang terhadap Vietnam, berkata pendedahan maklumat penting boleh mengelak berlakunya perang.

“Hanya beberapa orang yang rapat dengan Nixon membuat keputusan menentukan nasib jutaan rakyat di sebuah negara yang beribu-ribu batu jauhnya dan tidak mungkin sama sekali mengancam Amerika dalam apa cara sekali pun.

“Saya menolak cadangan menyerang Vietnam ketika itu kerana sedar perang tidak akan membawa sebarang hasil sebaliknya mengorbankan ribuan nyawa di kedua-dua belah pihak selain menelan belanja yang amat besar.

“Keadaan di Iraq juga tidak banyak berbeza. Nasihat yang sama akan saya beri kepada Bush dan kalau perang di Indochina berlangsung hampir tujuh tahun, tidak mustahil jika kita menyaksikan kehadiran tentera Amerika untuk 20 atau 30 tahun lagi di Iraq,” katanya ketika berucap ketika sidang pleno bertajuk ‘Media dan Perang Propaganda’ pada Forum Perdana Kemanan Sejagat di sini, semalam.

Ellsberg berkata, jika lebih empat kali ganda jumlah bom yang digunakan dalam Perang Dunia Kedua digugurkan tentera Amerika terhadap Indochina dalam perang selama tujuh tahun, kesan perang di Iraq sudah pasti jauh lebih buruk.

Bagaimanapun, beliau menyifatkan kedudukan Iran dan kemungkinan besar, Syria, yang menjadi sasaran Amerika seterusnya, berhadapan nasib yang jauh lebih malang kerana difahamkan Amerika berhasrat menggunakan serangan taktikal senjata nuklear.

Ellsberg berkata, beliau sedar maklumat perang dan dokumen sulit Pentagon miliknya mampu mencetuskan kesedaran umum yang mungkin berpotensi menghentikan keganasan, mendorong beliau mendedahkannya kepada New York Times.

Seorang lagi wartawan, Yvonne Ridley yang bertugas dengan Islamic Channel, United Kingdom, berpendapat etika kewartawanan teruji apabila membuat liputan di Iraq kerana setiap berita yang disiarkan CNN atau BBC disaring terlebih dulu oleh jentera propaganda Amerika.

“Apa yang disajikan kepada dunia sepanjang peperangan di Iraq secara eksklusif dimonopoli CNN atau BBC dan mereka pula di kawal oleh tentera Amerika kerana mereka yang melindungi setiap wartawan.

“Kita melihat ribuan kanak-kanak tidak berdosa terbunuh apabila tentera Amerika mengebom kawasan perumahan dan sekolah, tetapi laporan berita dunia menyifatkan sasaran itu sebagai kubu Taliban.

“Namun, masih ada segelintir yang bertanggungjawab melaporkan kebenaran, tetapi cerita mereka ditimbus dengan kepalsuan media Barat yang setia kepada pucuk pimpinan Bush,” katanya pada sidang pleno yang sama.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: